Friday, August 28, 2009

DiET aPa KaLAu BoLe AbiSKaN NasIk 2 PinGGaN

holla peoples..

sorilah arini dan semalam kebizian melanda sbb katanya opis hour sampai jam 4.30pm kan,mmg sesak napas la buat keje kejar masa.

kalau balik lambat,lewat la ke bazar,susah dapat parking,susah nk melintas jalan menuju ke kereta dan mungkin korek idong sbb dh ilang sabar.haishkk..itu over.

ada citer best pasal mlm semalam sampai aku sanggup skip entry aku berbuka di Nandos sbb eksaited nak stori pasal nie.agak keji di situ..haha.

smlm kak pida sms ajak berbuka sama dengan emy dan juan kat Selero Nogori yg dikabarkan sangat sedappp oleh mereka.

jiwa nie dh mula teruja dah nie sbb masak lomak cili api nogori mmg favvy aku la since Achu ajar masak masa kat JB dlu.tp tekanan..dah lupe resepi tu!chit!

aku sian kat biebo sbb takkan dia nk dengar je aku cerita aku gi makan ke sana ke sinun sdgkan dia buka kat umah macam kesian.so call dia ajak dtg sekali.ok tukar ayat, SO CALL PAKSA DIA DATANG SEKALI.


aku tumpang kete kak pida je sbb tak tau jalan ke sana pastu kak pida singgah Bakery Shop nak beli kek besday Cik Patin.kan ke kami berkongsi tarikh yg sama dan hanya org comel je lahir aritu. *sambil kelip2 mata jelir lidah mcm la comel sgt buat camtu*
.
agak kelam kibut la petang smlm sbb jalan jammed melampau sbb ujan pastu dh dekat time buka ditambah lagi dgn tekanan sesat jalan..huihh.mengecil aku kat belakang.. :P
.
tapi berjaya jugak la sampai secara berasingan.kitorg dan emy dan ayam sampai dulu..si Pizi dan biebo masih stucked dalam jammed katanya.




sampai je terus pilih2 lauk tapi malangnya daging salai masak lomak dah pinish... T_T. aku request kuah jela buat lepas hajat.
.
.
oh ada citer menarik.sebenarnya makan2 nie emy dah planned nak suprised kan aku.kononnya aku mkn2 nie tak bajet la biebo ada sekali.so dia sms biebo cakap kalo aku ajak join,katakan TIDAK.
.
tapi laki aku tu kan spesis manusia bgn tengahari buta,dia x baca sms emy so bila aku ajak teros dia kata YES.haha.sungguh senggggg.... *huruf belakang tambah sendiri*
.
tp cam mengada la kan..dia berpakat dgn pizi kononnya dtg asing2,ngabiskan kedit aku je call dah la Pizi main miskoll jeeeeeee... :P
pizi : aku dh gerak,Dai (Biebo) ada kelas,takkan aku nk tunggu.jammed nie.
aku : Loh ko nie..sian Dai,dia mana tau jalan weh..
Pizi : ok la..aku tgu dia kat tol.ko bgtau dia.
.
so aku call la biebo plak.
aku : eh bo,pizi dah gerak la..dia tunggu kat tol..bla bla bla. <--beria explain.
him : yeke..ok xpe.nanti bo carik tempat tu.
.
aku risau sbb aku tau biebo nie failed bab jalan bila dia kuar dari comfort zone dia shah alam tu.
.
dan pizi byk kali miskol aku dan byk kali jugak la aku call dia balik pastu call biebo..padahal diorg satu kete okkkk!!hoihhhh...saba jela nak buat suprise pong.



nasib baik emy gan ayam dah reserved table so takyah la nak rebut2 sbb customer adalah ramai bermakna sedap la restoran nie.


emy,organizer pada hari tersebut.muche glasias sbb susah2 planned udahnya biebo buat spoil. :B



dan Ayam sengal asik nganga bila ditala camera.kalo aku tala tapak kasut ko nk nganga x?oh,emy dtg dgn Ayam so sebarang spekulasi tak diterima sbb skang kita guna konsep Ada Jodoh Tak Kemana...cewahh~!



besday girl..girlkah??puiii..dan abaikan dahi jendul boleh buat bendang sawah tu.



lauk pauk yg nampk sedapppp dan maruku di dalam balang tu mmg sumpah sedap walaupon warna dia tak nampak sedap.



lauk dihidangkan ala2 Nasik Padang kat Indon tu.dia bubuh dalam piring kecik2.bapak rajin nak basuh pinggan konsep kedai nie.
.
lauk yg kitorg amik : masak lemak pucuk paku + ikan tenggiri goreng+ asam pedas pari + kari daging + tempe goreng + tembikai dua jag.


budak pendusta tp disayangi dan jugak ayam budak sengal yg nak dikaki-kaki.


MA Sopi pon ada sama dalam agenda makan-makan busat nie.
.
ingin aku tegaskan di sini,masak lemak cili api dia sangat superrbbbbb!sumpah sedap tak tipu.
.
aku cuma amik kuah lemak cili api,sepotong ayam rempah dan beberapa keping tempe goreng tapi aku tambah dua kali!diulangi dua kali!!
.
mmg sedappppp... :')

pastu kak pida dan KRZ mengemas2 umpama berada di umah sendiri tapi umah versi kampung dimana KRZ membawakan watak Tok Penghulu.eceh.


Ayam masih mintak Kaki.nk bg kaki kanan ke kaki kiri nie??saba acik.saba.kaki ko nk guna lama lagi tu.



sesi potong kek besday Patin.woweeee.comelll bangat~!



patin teruja tiup2 lilin tapi Emy lebih teruja tepuk2 tgn siap lompat bintang teragung pastu merangkak bawah meja.haha. *citer tipu dan imaginasi semata.*
.
.
semua sekali total makan semalam dalam 100 lebih la.aku tanya kak pida berapa,dia ugut2 bunuh plak. :P
.
utk tujuan promosi, nama kedai ni SELERO NOGORI dan dia ada byk cawangan cuma yg aku pegi ni dekat Taman Tun dekat2 Balai Polis.kalo suruh aku bawak,mmg failed sbb aku tak ingat jalan. ^_-
.
anyway terima kasih tak terhingga kepada semua walaupun bukan lah official besday party aku *sbb aku hanya anjurkan party liar..PANG*
.
tido smlm senyum2 je sbb dapat mkn sedap dan paling utama 2 PINGGAN... ^_^

Thursday, August 27, 2009

bUKaN PenGuMuMaN KaWeN!



thank u soooo sooo much for all the wishes.masih rasa nak menangis terharu sbb terasa diri begitu disayangi. :')

agak terkejut terima ucapan dan doa dipanjangkan umor dimurahkan rezeki oleh kawan2 yg dh lama tak dihubungi.

thank u Sassy,thank u Fromhell eventho i never wish yours.my bad so 4 give me frens. i give u a big hugs! :')

rasa terharu terima panggilan mak dan abah pukul 12.02am semata2 nak wish aku walaupon dah melewati time tido mereka.mereka sangat disayangi.i heart them. :')

thanks to shidah sbb jadik org pertama wish dan bg adiah pada 22.08.09, dan juga sbb susah payah nyanyi jerit2 "epi besday to u..epi besday to u.." pagi tadi.aku tau ko kering tekak nyanyi camtu di bulan puasa.so sangat dihargai dan disayangi aku.

thanks to kak pida yg dh start wish semalam menjadikan dia org kedua yg wish walaupon berniat nak jd yg pertama.takpe kak,akak org pertama yg wish thru henpon.hehe,epi besday to Cik Patin jua!

thanks to Emy,Achu, Ida Jaybee, dan kawan2 yg aku tak tau sape sbb nombor tak keluar nama sbb doakan kesejahteraan dan meraikan Hari Kertu aku. :')

Dan juga Biebo yg call tepat pukul 12 kononnya nak jadi yg pertama tapi dah jatoh ke nombor tiga.beliau tak berpuas ati dan claimed dia yg pertama jugak..ok la.acceptable sbb dh masok 27hb.lap u!

no party liar sbb bulan ramadhan..eceh3.anyway thank u sayang2 ku sekalian.doakan kebahagiaan kita bersama...! :')

*baiknya ayat2 aku karang arini..dah tua katakannnnnnn.heppp!!*

Wednesday, August 26, 2009

bERbUKa PenUH ExTrEMe.

salam kawan2ku..

mcm mana arini puasa?takkan tak imune2 lagi ye tak.aku dah ok dah walopon badan mcm lemau nak tido doplohpatjam.

asal petang balik umah teros terkapar atas sofa siap tido dengkur ye engkau.konon2 kalo tido bole la masa tu cepat berjalan.budak saiko.

malam tadi pon bersahur makan murtabak sekeping,kompem petang kang perot aku berkocak cam stoberi milkshake.haih...gila apa istilah sabitkan makanan nie??

pagi tadi bangun tido je dah plan petang kang nak buka apa,keji perangai kau acik. :P

ok.mari update citer basi pasal berbuka puasa di Kepsi X-treme Park ari ahad lepas.aku mmg suke perap2 citer pastu hentak kepala kat keyboard sbb byk fakta aku dh lupe.sengal kan.



cik emy ada bersama pada ari ahad tu.bernasib baik,kot tak aku buka berdua je dengan biebo.mungkin bosan-mungkin bergurau pastu over gurau lalu bergadoh-mungkin mati kutu bila kau tgk aku,aku tak kau.


dan kak pida juga KRZ ada bersama memeriahkan majlis berbuka secara sederhana ini. sederhanakah??




kol 6.15 gitu dh sampai sbb semangat lebih nak makan Shrimp Stick yg nampak mcm sedap bila udang mengerekot cantik di dalam.oh,sbb panas lepak kat ekon dulu tapi port luar dh chop siap2 guna beg telekung kak pida. ;P




apiki with new shoes



sumpah rasa nak terajang tgk muka sendiri.org lain puasa jugak,pehal ko nak serabai lebih?? T_T



dah teduh terus pindah port luar dan order makanan yg melampau banyaknya.hoh??kantoi tgn biebo mencurik bubur lambuk sedangkan ari masih cerah menandakan belom sampai waktu buka.ooO..patutla beliau x excited masa azan. *cite bohong padahal beliau meloncat2 dgr azan.ok masih bohong nie.*



Shrimp Stick yg indah kaba gambar dr rupa sbb hanyalah sekecik ibu jari aku.chehhhhh..celah gigi pon tak dapat simpan!dah la rasanya sedap..eh-eh nak marah ke nak puji ni.
.
.
pastu dah lepak 2-3 jam,sambung lepak kat Qaseh plak.
kantoi x pegi terawih la pulakkk!
.
ok lah dah malas taip..mintak diri dulu...zasssss~! *hikmat melarikan diri ke uganda*


Tuesday, August 25, 2009

CaKap KiaSaN PaKwE kaU McM MoNyeT DoSa TaK

yuHuuu..

arini aku kebizian sikit jadi nak ngapdet mmg cam lemau2 skit la plus kepala tak berapa nak mari idea tu.

aku nak ngapdet pasal ahad berbuka di extreme park tapi tu later la ek sbb banyak sgt gambar.bila banyak gambo,kompem la banyak aku kena taip.tak rajin.tak rajin.begitu jujur alasan diberikan. T_T

ahad aritu aku tgk citer UP kat bukit raja dengan biebo.betol tu,sabtu tgk wayang,ahad pon tgk wayang.apa lagi ektibiti nak buat bulan poser ni kan sbb duk umah cam loser plak rasanya sbb mata asik jelling jammmmmmm je.

citer UP mmg menarik tapi tak la kelakar tahap ko nak gelokkkk sesado sbb citer ni byk bermain dgn emosi jiwa raga.aku suke jadik bagi sepuloh bintang. *bulan puasa ni elok la beramal jariah yer…*

masa tunggu nak masok wayang tu,aku dgn biebo lepak je dkt poster2 filem sambil menyengal tak tentu hala dek kekurangan zat galian dalam badan.

beliau takde keje,main sepak2 aku guna lutut dan dibalas dgn lutut jugak oleh aku dihala tepat ke arah abdomen beliau.gile tak romantik ini percintaan.cheh.
.
aku : eh bo,cuba buat mata pandang ke atas…
him : buat apa?malas la…
aku : buatttt..buat laaaa..pandang atas je la.
him <--- terus membuntang mata pandang ke atas

aku : ok dah…sama doooow~!!
him : sama dengan apa?
aku : nie! <--sambil tunjuk poster btol2 di tepi beliau
him : bodo kau nie! haha
aku : mwahahahahahaahha! <--gelok besor dan nyaris terbatal puasa.kalau tak,mmg dh rembat set combo popcorn besar.

agak2 apa yg aku samakan dengan dia??



mwahahahaha~!monyet kau!
ok dah.batal poser aku kang!

Monday, August 24, 2009

ORg SeLaLU LuPe DiRi Pd aRi PeRTaMa PuAsA T_T

sambung kisah pengalaman pertama saya di bulan ramadhan tahun ini.

ayat gile skema cam karangan darjah 1,mcm tgh pasang niat puasa pon ada jugak bunyiknya.

dimana korang berbuka pada ari pertama sambut puasa?
majoriti ramai yg berbuka bersama keluarga tak kira di rumah mahupon di luar.mesti seronok berbuka ramai2 dgn family kan.
T_T tsk.

teringat suasana kalau aku berbuka kat Kuantan,mmg meriah sbb anak mak aku masing2 tamak.

kalau pegi bazaar rasanya sume gerai nak singgah sampaikan cekodok leper2 pon nampak mengujakan dan sedap.tak paham.tak paham.

pastu mak akan busy menunaikan request dr anak2 yg mengada nak makan itu ini.maka terpaksa berbaris untuk meng-submit Requisition Forms kepada chef.boleh kaya chef nie.

Menu wajib setiap tahun adalah Mee Curry…permintaan anaknya paling manja dan comel nie. <--sambil tunding jari kat diri sendiri.nampak x?nampak x?

jadi sbb tak mahu dilanda kesedihan gara2 tak sambut puasa dgn Chef mak dan adik2..aku decided ajak org2 senasib berbuka dengan aku.takyah carik org jauh2,ajak shidah dah cukup.

berbuka kat Johnnys bukit raja saje sebab awalnya aku gi tgk District 9 dengan biebo pastu biebo kena balik berbuka dgn family dia so tak dapat join mkn stimbot.rugi.rugi.
*walopon aku di ajak berbuka di umah bakal mentua, tapi sbb penuh ciri2 gadis melayu sejati terpaksa la aku tolak.segan.malu.auwww~!

bukan apa,takot takleh tambah nasik 4 kali.



aku booking dan bayar deposit pukul 4,lepas wayang kol 6.15 aku dh paksa2 shidah masok lepak dalam.apakah smangat melampau nak berbuka sedangkan dalam tu takde org langsung.mwahaha.
.
org lalu kat luar pandang2 je kami di dalam jadik terpaksa berlakon cam lemah2 nk tumbang layaknya KAMI PUASA LAAA BANG.



menjadik terencat kerana kurang makan. T_T



oh..smangat beli majalah hiburan berharga RM3.50 semata2 nak kasi masa cepat berlalu.cover waheeda gan suami terchenta okeyyy.tahan.tahan.jgn mengumpat nanti batal puasa mana nak carik nasik time2 nie.



shidah di sebalik periuk.



makanan yg di order meninggi mcm bangunan.tangan shidah kat tepi tu terlibas2 masa dia mengeluarkan ayat
“nanti ko shrink gambo ni nyah,baru org tak nampak kita makan byk.haha”
.
takde makna nyah.aku malas nak edit2,terima lah kenyataan kita ni KUAT MAKAN.


time2 ni nk ngapdet pasal makanan mmg sangat menguji keimanan di dada. *terpaksa taip sambil tutup2 mata.*



water chestnut sentiasa setia menemani daku.meleleh je air liur aku pandang dia masa tu.
.
.
sesudah azan…
.
slurppp!
.
nyum-nyum..
.
tambah..tambah!
.
abiskan nie!abiskan tu!


end up semuanya licin dan tidak bersisa *kecuali kulit udang tak di makan sbb udang dimakan finishing.kalo mkn mula2,mungkin kepala udang pon tak dapat dikesan.*.sumpah mcm tak percaya boleh abihkan semua nie.dah la order nasik putih skali



makan berdua tapi mcm mkn utk 4 orang.tapi kalau total ni dishopping di bazaar ramadhan,mungkin boleh beli bykkkk lagi makanan.murtabak 20 keping pon boleh dapat.tamak.tamak.
.
haih..arini mau buka dimana ye?

PeNgaLaMaN SaHuR SaYa ARi PeRTaMa PuAsA

hi all wassup2,
eh silap ayat pembukaan,sempena bulan ramadhan nie ayuhla kita menjadik lebih bersupan.mula semula sesi bertegur sapa.

assalamualaikum sahabat..eceh ceh ceh.

tahun ni pesday bersahur sangat bersyukur sbb tak perlu berseorangan di rumah sambil mengelap airmata mengenang nasib mak bapak jauh dimata dekat di hati sebab kali ni aku tido di umah shidah.

but still kena sahur sorang2 sebab shidah dah warning awal2 dia tak mahu dikejutkan suruh makan.pelik.org kejut suruh makan kot,bukan suruh bersilat kat dapo masak nasik paprik.

tapi takpe.aku kan memahami jadik kerah tenaga bangun pepagi utk makan sendirian. T_T tsk


aku paksa diri bangun kol 5am walaupon rasa cam menggigil badan tak sanggup tinggal katil.tapi sebab SEMANGAT puasa ari pertama tu lain macam,gigih jugak la bangun even rasa jeles terlampau tgk shidah bergolek atas katil.rasa nak pijak je.opppp!
.
eh..dosa.dosa.bulan pose kena sopan dan behave. *tepuk2 manja je si shidah siap tolong selimut skali*



menu makan dgn paksaan <--cara tonyoh2 nasik ke mulut. menu adalah daging masak merah tak sedap langsung sebab banyak bawang dan daging ada la 3-4 keping yg mana kenyang.
.
ni lauk aku tapau saje pastu buh dalam rice cooker kasik panas sbb kehabisan gas nak perangat lauk pauk.


ditemani si Leo yg 24/7 menjerit mengiau sbb dah sampai musim memproduce anak.kalau di siang ari time puasa dengar dia menjerit camni,mmg berisiko besar beliau akan melayang keluar balkoni dan straight ke bawah.RASAKAN KAU!
.
ehhh tumpang lalu cik shidah... *pastu lari pecut laju2*




pastu siap makan dessert konon2 takot siang sok bukak fridge nampak cekelat ni lalu jatuh sawan siap berbuih mulot.saiko sungguh.



SENYUM PALSU. muka horror di pagi ari dan mungkin dah kawen sok si suami akan mudah kena serangan strok tgk muka nie.dan seluar tido belang yg menampakkan sangat konsep baju tido tak sesuai dibawak ke pasar malam atau uptown.
.
apa aku merepek ni.
.
puasa2 ni kurang zat dan gizi seimbang jadik otak tak berapa cergas.haihh alasan nak mintak buka la tu.
.
sila buka silat lempang aku.
.
.

Friday, August 21, 2009

pEnYiMPaN MoHoR BeSaR naK CaKaP skiT.JGn LaRi

jangan berlakon2 piyed plak ek encik hamid.
.
hoh,sape encik hamid???

Thursday, August 20, 2009

SaYa TaK DiLaHiRKaN KrEaTiF..TaPI BiJaK :D

blurpp~! <--baru lepas makan nasik ayam sedap sempena majlis farewell dimana aku kena jadik organizer bidan terjun jadi padan muka dapat makanan ikot selera tekak aku.gile kuasa skali skala.

eh-eh.panjangnya mukadimah aku arini..ekceli tiada idea dan bahan nak ngapdet plus keje tetiba macam dtg banyak mentang2 dah nak ujung bulan kan.
.
kenapa kena ada ujung bulan?benci tapi sengih2 bila time dpt gaji.

lagipon 2-3 menjak ni aku bertungkus lumus membina 2nd blog aku *bertungkus lumus di sini bermakna design blog 5 menet,bukak benda lain termasok main game 2-3 jam* begitu..rasa malas tah kenapa tah.

tapi sbb aku punyer limit upload gambo tu dah sipi-sipi lagi nak mencecah 100%, terpaksa jugak la siapkan blog baru cepat2 bagi memudahkan urusan pindah umah baru sebelom raya nie.eceh.



design ala kadar tapi rasanya dh macam2 design aku buat dan semua nampak huduh sampai rasa nak tendang monitor.tapi yg ni ok la sikit...simple tanda malas.
.
.
pastu meleceh nak setting segala bagai gadget,eklan nuffnang,link itu ini..haiyOooo malas!malas!sampai rasa nak hire sorg graphic designer utk diri sendiri.
.
ok perasan hit blog ni sampai patratus juta 1 ari sampai nak pakai designer.blah ah ko acik.
.
ok la..aku tgh layan cendol yg sedap stone bila tiba2 dapat gigit jagung.nyum3.till aku ada idea,update later..daaaaa~!
.
.




Wednesday, August 19, 2009

KL UjAN LeBaT SeMaLAm,Kat FeLDa PaLOnG UJaN X?

semalam pukul 6 aku dah berlari pecut selaju Usain Bolt ke parking kete sbb cuaca sangat gelap menandakan ujan nak turun.

macam ko tak tau KL nie,asal ujan nak jem.kadang2 baru mendung pon jalan dah sebok jem.apakah pakai solar kete ko?

dari opis ujan baru rintik2 ombak bergelora,skali sampai dekat area OU,hambikkkk ko.mmg tak nampak jalan dek kelebatan melampau.

aku dah gigil2 kesejokkkan sampai tekan minyak pon cam cecah tak cecah je je kaki kat pedal tu.ibaratnya kaki malu2 kucing gan pedal.


jam baru pukul 6 lebih tapiiiiii....



jalan dah gelap macam dah pukul 8 malam.trafik cam biasala bergerak penuh sendu dan perlahan ibaratnya Usain Bolt jalan kaki sambil korek idong pon boleh pintas.ceh.kagum benor dgn si Usain itam tu.


lebat yg hamat sampai cam nak runtuh bumbung aku kena pantulan air ujan tu.


sbb ujan lebat dan tak berpeluang nk gi carik makanan,terpaksa singgah Mcd beli bubur gan Applepie.ceyy..byk la ko punye terpaksa.
.
dan yg sengalnya,payung aku tertinggal kat umah sbb gedik2 bawak naik konon pepagi takot ujan nk g kete.lupe diri ko tu pelupe dan nyanyuk. *amik stereng lock dan hempuk kepala sendiri.*



balik terus bukak tv dan mencekik bubur ayam McD saiz besor dek kelaparan yg tak tertahan.
.
mandi??alaaa..pas makan pon bole mandi hape.jadi sbb busuk,muke terpaksa berlakon bermuka comel begitu.wahh..comelkah??puii~!




KiSaH DI RaBA maT RemPiT LaLU PuTus CHenTa T_T

dah lama tak cerita pasal mimpi kan..adakah lately aku tido tanpa gangguan syaitonnirajimm?dah jangan perasan terlebih iman.

kali ni bukan aku nak citer pasal mimpi aku..tapi pasal mimpi biebo.aku yg dengar dah guling2 gelok siap keluar gelok syaiton,gelok iblis dan sebagainya.

hell funny bagi aku disebabkan cara penceritaan penuh emosi oleh beliau.mula2 dia citer tengahari semalam diiringi gelok langsuir oleh aku dan sekali lagi penuh detail pada malam tadi sebelom aku beradu.

tapi tengah malam dinasihatkan untuk tidak ketawa macam antu,bimbang antu sebenar nak kongsi kegembiraan bersama.


Pelakon utama dalam mimpi beliau : Diri beliau sendiri dan Primadona Malaysia.eh-eh.
.
.
mimpi ni berlaku 2-3 ari lepas katanya.dalam mimpi tu aku dan dia tgh berjalan2 pastu lalu kat depan satu building di mana kat tingkat atas tu ada party liar oleh mat rempit. <--amboi kaya sungguh mat rempit dalam mimpi beliau.sewa building siap!
.
lepas tu dia cakap aku gatal2 nak pegi naik atas nak cekidot la konon apa diorg buat kat party tu *kalo in real life,pejadahnya weh aku nak naik atas tgk mat rempit weh!*
.
pastu biebo cakap dia marah aku naik sebab dia nampak perempuan2 naik situ sume turun dgn muka kepuasan *apakah???mimpi SX sungguh!* sbb budak2 mat rempit akan Touch N Go diorg.
.
Like sambil ko lalu diorg cuit2 dan raba2 ko la.hoh!so scary bunyiknya.cilako ko mat rempit!!haha.tetiba emo.
.
biebo jerit2 panggil aku tak kasik naik tapi aku sangat ati kering,selamba je naik atas lalu kat karpet merah gitu.siap ada karpet merahhh kooo.mmg meriah party mat rempit sekalian nie. *sumpah biebo cite penuh detail dan penuh perasaan.haha.kelako gile*
.
tapi aku naik jugak pastu tak lama tu aku turun dengan muka seperti "oh saya telah diraba..tidak sesuci embun pagi lagi" ayat aku tambah2 la part nie kasik drama skit.
.
tapi biebo cakap muka aku mcm muka nak nangis gitu la.gila ko kena raba takkan nak meloncat gembira sambil buat lompatan bintang terulung kan.murah betoll.
.
dan dalam mimpi tu konon2 kitorg clash la sbb i kan dah tak suci... *sambil tutup dada guna selimut dan berambut serabai*
.
penceritaan beliau mmg meyakinkan dan penuh emosi.
him : dalam mimpi tu bo rasa marahhhh sangat.rasa nak lempang2 je muka awak.
aku : hahaha.nape tak lempang??
him : sbb nak lempang rasa kesian,tapi bila pandang mcm muka mintak lempang.
.
aku : hahahaha.lawak je.tapi rugi la..sbb time tu je peluang awak nk rasa melempang yang.
him : tu la pasal..sampai bangun tido tu rasa nak call awak teros maki2.
aku : keji ok.aku tak bersalah..haha
.
tapi kebetulan ari dia mimpi tu aku tgh majok ati dengan dia..so dia tak leh tepon marah aku nak lepas perasaan sebab tiap kali dia tepon aku yg marah dia..haha.terbalik katanya.
.
biebo kata dia yakin mimpi tu nak bg sign kat dia..ceyy nak kata aku cureng la tu.tampo laju2 baru tau.
.
tapi percaya la..kadang2 mimpi tu akan bg ko rasa satu perasaan yg tak mungkin ko rasa di alam realiti.so dah rasa pedihnya kalau aku buat jahat kan bo kan??
.
.

Tuesday, August 18, 2009

bOLe TaK BUaT PLaN CuTi SeCarA BerGanDa?

just spoke with my kak long kat JB tadi sbb nak kasik tau plan nak pegi JB bulan 10 ini.oh aku dah gila kah asik nak bercuti ke sana sini padahal bertekad nak kumpul duit ke sabah. T_T

takpela..sbb i miss them badly.sangat2 rindu setelah dekat dua tahun tak jumpa.maafkan sbb selalu seperti manusia lupe daratan.heh.kalau buaya darat mungkin patut dilupakan.



last time aku jenguk mereka,masa si kenit ni baby lagi.dan skang si kenit ni sudah ada adik baru dan aku tak penah tgk lagi.sobs. sedihnya.sangat rindu.



dan yuyie plak katanya dah skolah darjah satu.oh gosh.byk aku kehilangan sepanjang 2 tahun nie.too bad kan.tak perasan semua tu.
.
.
kak long,
if u read this...nantikan kedatanganku dengan karpet merah ok.haha.insya allah,hope plan aku dengan emy ni akan sukes!yayy!

Hey3..aKu ADa BaNYaK CeRiTa DaLam 1 EntRY gaRa2 OtaK BeKU

haih..sunyi sepi blog aku arini.
takde idea...takde bahan...dan tidak bernapsu nak menaip.
mengantok....kenyang..sejok.
nyaman nya la kalo dapat landing atas tilam.

tapi sbb nak cukopkan syarat kasik blog aku berupdate,marilah kita bercerita secara random dan belasah saje 1 sen cam eklan Digi yg aku rasa nak bakar tv je sbb iklan tu kejam sangat.

sian Angka 1 yg comel itu asik kena lenyek kete dan kena flying kick dek pompuan saiko tiba2 tu.hehe.but cho punny.


gambar sekadar menghidupkan suasana yg penaip sgt malas dan mengantok.jenuh aku korek gambo menjayakan watak ini okeyy.
.
.
oh sekarang dah perasan aku kurus.PERASAN ok!
.
makan pon dah tak seghairah dulu..kalo dulu tiap masa mulot aku nak mengunyah tapi sekarang mulot lebih bersopan dan berhemah.makan mengikut time dan tak banyak2 macam Tokey Antu Raya.
.
tadi pon aku mkn nasik 1 senduk dan ikan bakar sahaja.Ikan bakar baik utk kesihatan compare to ikan goreng yg berminyak dan bekolesterol.ceyh3.
.
kena jugak la makan ikan kan sbb aku nak protein dalam badan aku.kot bantai sayur semata ari2,mmg terasa diri ni umpama kambing layaknya.baik balik umah bina kandang pastu mengembek petang2 ye tak.
.
dan mula merasa gembira bila terserempak dgn budak department lama akan disusuli dengan ayat "wahh..apasal dah kurus sekarang??"
.
jap.jap.bagi aku masa seminit dua nak layan kembang jap.
^_______^ <--senyum lebar sampai esok.




bacaan BMI terbaru saya sekarang berada di underweight..bukti ini tidak menipu sila percaya dan sms tahniah kepada aku sekarang.sekarang pegi taip mesej.
.
.
oh tahukah anda citer sensasi dunia hiburan sekarang adalah pasal ustaz berambutluruskenarebonding nikah dengan waheedacakaptakserupabikinbolehblahlako!
.
sungguh unbelievable sampai rasa nak panggil team Ripleys rekod kejadian pasangan nie.kompem pemes seantero dunia.
.
ok lantak ko la nak kawen kan tapi dulu kemain ko denied ada hubungan dengan ustaz rambut rebonding tu.kantoi tgk wayang tak mengaku,kantoi bercanda di pasiran pantai ko bg mcm2 alasan.
.
mungkin sbb tunggu ustaz tu ceraikan isteri dia then baru ko masok line dgn ucapan "saya tak rela bermadu bang..."
.
byk main wayang ok.bosan sungguh.
.
"Apa yang berlaku kepada kami umpama ribut dan kami mahu membina semula rumah yang rosak akibat ribut itu," <--statement kat paper.
.
ni bila masa lak umah ko kena ribut?bukan UMAHTANGGA org ke ko ributkan??haiyOOo.takleh blah tapi mcm nak jerit BOLEH BLAH LA!huhu.emo cam la laki aku yg dikebas.
.
poor ex wife dia kan..sangat kesian tapi takpela,ada hikmah sebalik kejadian kot.dan lantak la mereka mau kawen mcm mana tunggang terbalik pon sbb aku bukanlah pengapit pengantin pompuan itu..bluek!
.
aku pengapit Emy nanti.hahaha
.
kain emy pilihkan utk baju pengapit sangat cantik menarik dan meletupp kooo.silap2 boleh over shadow pengantin nie.bahaha.
.
ok emy aku tipu je cakap tu sbb takot ko tuko dgn kain cotton kaler putih plain sambil di matchkan dengan kain plain kaler biru muda.baju skolah siap!
.
oklah..ni dh mcm apa je entry nie kejap emo kejap gembira kejap mengumpat.ishk3 janji ber apdet ye.
caucincau~!!

Monday, August 17, 2009

AnDa AkAN KELiHaTan SekSI JiKa TiDO DGn LaMPu Ini

assalamualaikum...ooo kak..assalamualaikum..saya dtg nak juaal barang... *sambil terjenguk2 dari luar pagar dgn tangan kanan pegang payung,tgn kiri pegang bakul*


ok.sempena aku baru beli satu bijik lampu Garam gunung Himalaya dr akak opis aku nie,aku nak la tolong dia tanya kan korang kot2 ada yg berminat..


sbb macam tak aci la aku seksi sorang2 ketika tido sedangkan aku belom bersuami. *ayat pancing terbaik suruh para isteri tergoda nak beli*


cantik kan dan pasti menyerlahkan keseksian diri kau di kala malam.apa giler asik sebut seksi2 ni,gangguan seksual betol la.tapi lampu ni sangat banyak khasiat dan aku dah google kat tenet khasiat dia.
.
- mengimbangkan tekanan darah,
- meleraikan gumpalan sel-sel darah merah,
- meningkatkan kandungan oksigen dalam tubuh dan
- melarutkan sebarang pengumpulan kalsium dalam darah.
- membekalkan zat mineral berbentuk ionik yang seimbang,
- Meningkatkan kosentrasi semasa belajar
- Mengurangkan stres
- Meneutralkan ion-ion positif
- Memberi atmosfera yang menenangkan
- Mengurangkan keletihan
- Mengurangkan elektromagnetik
- Memudahkan bayi dan kanak-kanak untuk tidur
- Mengurangkan bau asap rokok jika diletakkan di kawasan merokok
- Melegakan migrain
- Meningkatkan kadar serotonin dalam saluran darah
- Membantu mengurangkan penyakit sinus
- Meningkatkan imunisasi tubuh badan
- Mengurangkan sakit selsema


ni yg aku order bersaiz paling kecil dan harganya RM18 sahaja termasok mentol dan juga kos tegang urat tangan sbb lampu ini sangat berat.batu katanya takkan ringan plak kan.Untuk saiz besar sikit harganya RM20 sajork.murah weh..
.
batu garam ni didatangkan khas dari pakistan dan org yg supply kat akak ni mmg org Pakistan tulen la.kira takde la nak tipu2 kan.
.
mcm certain peniaga,suke kelepet customer dengan cakap barang ni dari sekian-sekian *pastinya tempat top2 dia sebut termasokla kota paris* padahal brg tu datangnya ALL-THE-WAY from Petaling Street.uhh..not gud.not gud.



woweeee..sangat suke dan aku akan letak di hall umahku syorgaku.baru feeling2 dok dalam gua di musim sejok.
.
sape nak roger aku ASAP sbb akak ni kena check stock kat kedai Pakistani tu..kalo dah abis mungkin aku terpaksa fly ke Pakistan dan amik kontrak pecahkan batu demi korang semua.takpe aku rela.
.
sila menangis terharu sekarang.