Daisypath Anniversary Years Ticker

Tuesday, September 15, 2009

PenGumUMAN PenTiNg-AntARa HiDoP DaN MaTi

guys..please take note sesungguhnya aku telah diusir dr umah aku!!ke mana hala tuju aku selepas nie??

ok hentikan drama! *sambil tgn buat aksi Tak Nak Rokok.apa kaitan ntah*

sebenarnya aku kena pindahkan blog aku ke halaman baru sbb sini dh penuh.aku dh takleh upload gambo lagi..kenapakah kekejian??

maka setelah berminggu2 aku plan nak buat umah baru tapi asik la tangguh2 sbb malas,tp arini gigih gak membuatnya. *gigih bermaksud memaksa jari2 menekan keyboard dan mouse dan sekali sekala tampar muka sendiri sbb cuba utk give up*

penuh aksi dan susah payah kan??

maka apa lagi!!klik ke sana dan link blog baru aku itu.kalo tidak gimana ko mau tau perkembangan semasa artis kesayangan korang nie!baik.baik.boleh sepak lutut aku sekarang.


sangat simple dan pemalas dan asik pikir nak tido-nie la hasilnya.
.
.
jumpe di sana babeh!!
.
.

BiLE Si MaLas DeSign KaD RaYa

Sticky Post : Entry baru di bawah ini,scroll laju2.
.
.
to all my readers...x kesah la silent reader ke,tak silent ke..dgn ucapan ati2 di jalan raya!!!i am serious okkk!sbb sentiasa kesedihan bila tgk bab2 eksiden time nk raya nie.
.
AWAS LEMBU MELINTAS!
.

KaD RaYa TaNPa SaMpuL aDa Di SInI

wahh...skang sudah musim berbalas2 kad raya di blog yer.thanks to Tweety dan Kak Pida di atas pemberian kad raya yg takleh pegang nie.hehe.canggih btol zaman skang iyer.

aku nyer kad lom ada masa nak design sbb asal balik umah teros berdengkur sampai abis Buletin Utama,mana ada masa nk godek photoshop weih.but will do... ^_^

Link Tweety dan Kak Pida ada di bloglist aku,klik-klik la dgn penuh semangat ok.



eh duit raya takde ke??kata zaman moden kan..transfer Maybank2u kan bolehhh..mau no account ka??
.
.

Monday, September 14, 2009

pErTeMuaN RaKAn KamCeNG Yg JaLaN BeRPeLok PinGGaNG

Ahad
seperti yg dirancang rapi umpama mahu melakukan rompakan bank,ari ahad tu berduyun tiba ke rumah ayie.

Puan Ayie nie mmg suke suruh org datang umah dia abiskan beras dan kordial oren,maka takkan la nk hampakan tuan umah kan plus awak tu mmg kuat makan apatah lagi ianya FREE.ahaks.

tapi sebelom tu aku dah bertungkus lumus kat dapo umah shidah masak sambal tempe.bertungkus lumus bermaksud memasak sampai berpeloh2 sambil jerit2 halau shidah bila dia jejak kaki kat dapo.

aku fobia kalo org tgk2 aku masak,resepi rahsia okk. *padahal cuak bila org terer masak pandang2 skill aku pegang senduk mcm mengayuh sampan*

dalam kol 6.15 camtu,kitorg sampai umah Ayie.Cik Sheeda dan Anik belom nampak bayang.ngelat yer,datang nk buke tanpa membuat kerja. *ayat dengki di situ*

ekceli ni ala2 mini gathering dgn geng2 lama Aspuri dulu kala plus diorg ni dh lama x jumpe sheeda.aku je kebetulan jumpe kat bazar aitu sambil buat lompatan bintang dan pelok2 penuh bahagia.rindu seyh..dlu geng rapat dgn dia siap pelok2 pinggang time jalan.


shidah dan tuan umah bizi2 di dapo sambil bercerita kisah2 hot dan terkini lagi sensasi.
.
.

bila sheeda sampai,berlaku adegan jejak kasihan.pelok memelok,tangis menangis.tragis sungguh.pesal kat bazar aitu ko tak nanges eh? :P
.
tp mmg sedih pon sbb last kitorg jumpe sheeda ni masa Form 3.ko bayangkan skang Ayie dh anak dua!dah bape belas taun pulakkk! *saje drag ayie sbg contoh bg mengelak diri aku dikenalpasti sudah tua.*





sheeda datang dgn tuttttt dia.tuttt bermaksud masih kabur dalam pandangan status perhubungan mereka.jd gambo si jejaka terpaksa di misterikan.ceyh3.




makanan yg dihidang sangat marbeles.ada pecal dan ikan patin masak tempoyak di masak oleh chef Ayie,Ayam masak merah dr Chef Shidah dan Sambal Tempe Stone dr siapa lagi jika bkn Chef Cantik dr mana tah tu.haha.blah.blah la kau.



dah setel hidang2,ayuh mengajar anak org bergedik dgn camera supaya dh besar nanti leh tepek gambo2 cantik dekat myspace mereka.




gambo dr atas camni mmg wajib tepek dalam myspace ye Aliya!dan si Aliya ni sangat terer berposing,mmg kegemaran aku la budak camni.




Anis pon sama berposing siap baring kauuu~!ada ciri2 keibuan tak aku?ke ciri2 cekgu tadika terlampau?
.
.
bila dekat time buka baru Anik dan somi terchenta beliau sampai,tepat timing ko kan nik?tapi xpela,sbb dia dh sarat sgt tu,tgk perot dia pon aku bertempiaran lari ketakutan.keras semacam oh!
.
ibaratnya kalo terkena kuku aku boleh koyak kulitnya....scaryyyy!


lepas makan sedap dan aku TERtambah dua kali,masing2 lepak melegakan perot sambil tgk album mengungkit kisah lama sambil gelok2 kutuk tgk gambo aku di zaman sebelom masihi dulu.fineeeeeeee T_T



kamilah ex-Aspurian Sekolah Menengah Dato' Mahmud Mat Pekan yg ngetopppp!haha.matik la perasan.yg lain mmg ngetop dulu kecuali aku sbb aku ngetop sekarang!!haha.ok-ok sila lempang aku ramai2.
.
.
masa tgh riuh2 ni kan,mak aku call pastu nak cakap gan Anik tanya pasal baby pastu aku dengar la skit2 conversation Anik dan mak aku.
.
Anik : bla..bla..bla..pesanan?haa..ok.ok.nanti akan sampaikan pesanan penaja tu kat dia.
pastu dia pas fon tu kat aku,sembang2 jap gan mak aku pastu bila aku letak fon baru aku tanya anik.
.
aku : mak aku pesan apa weh?
Anik : mak ko pesan,cepat2 la skit bagi dia cucu,tunggu abg long ko lambat sgt.hahaha.
aku : aaaaa???sabo jelah mak aku nie.... *sambil nyorok bawah sofa penuh malu*
.
apakah???depan aku tanak cakap suruh kawen,kalo tak dah lama aku hadiahkan mak aku cucu dua tiga baris.haha.poyoooo!
.
yg pastinya malam tu sangat seronok bergembira,pasni kita kena buat lagi gathering tp ajak lagi ramai budak2 Dato' sbb masing2 bersepah dok kat KL nie.skali skala mengenang kesah lama indah kan?
.
anyway credit to shidah yg kasik pinjam fon dia buat snap sana sini memandangkan fon 'longkang' aku masih merajok ati.tensi.tensi.



tOmYam SeDaP sAmPaI RaSa NaK BuNUh NyaMok!!

*tajok takde kene mengena.harap maklum tukang taip sengal banyak arini*

oh apakah busy monday??kadar ngapdet adalah se-slow sipot bab* di atas kuali.haha.masih nk ungkit pasal sipot tak berdosa tu.yuckie!

sempena bulan puasa,ektibiti byk di abiskan dgn agenda makan2.almaklumla,kata makan 1 kali sehari kan,mmg sgt bermakna la detik tu.kata org tak berpuasa ini.

dimulakan dgn ari sabtu yg pecah-mental di mana aku duk lepak umah shidah santak ke petang,kol 5 lebih baru hegeh2 keluar carik tempat buka.

dalam kepala dh plan nak makan kat Eiman's Tomyam kat TTDI shah alam tu.dengar kata hebat meletup tomyam dia.


sebelom tu singgah tesco extra beli bahan utk Chef Acik masak sempena majlis berbuka puasa kat umah ayie esoknya.apa menu aku masak??SAMBAL TEMPE STONE!haha.mandai2 tambah stone kt belakang.
.
kata tuduh diri sendiri Penagih Tempe,harus la masak tempe sebagai menu kebanggaan. *kembang2 idong sikit*



pastu terus menuju ke destinasi hey yey yey..puncak cita tertinggi hey yey.ok stop.memula survey gak la port sekitar.Ani Sup Utara-Fully Reserved.Nasik Lemak Antarabangsa-Tak minat!BigFood-Geli takot ada hidangan kaki BigFooT!





sudahnya ke sini jua kita melepak sambil tunggu kedatangan Tan Sri Biebo Haji Wahi.


bakal Puan Sri yg berseri2?OK.sangat tak logik statement itu.boleh berhenti berangan sekarang.


kedai ini sangat cozy dan i like much2 u.kat dalam tu ada pondok2 kayu tp tak cukup rajin nk masuk dalam sambil cakap dgn org bermuka lapar yg tgh duduk di situ "bang,boleh bangun kejap tak?saya ni jakun lalu nk amik gambar".
.
kebarangkalian bersidai di pinggir longkang sgt tinggi.org lapar ni kuat dia lain mcm kan.




cantik kan??cuci mata pon indah je rasa sampai sempat la tgk drama pakwe makwe bergadoh sampai cucuk ikan dgn cara menikam bertubi2!lepas geram kauuu.hushk.busy body sungguh cik shidah kita nie.haha.tetiba ko kena!




menu not bad..ada yg mahal melampau,dan ada yg tetiba cakap dgn kuat dan berlagak "murah seyhhhh~!!!" padahal jari kat menu tunjuk perkataan sirap bandung.patut la murah.



penuh giler masyarakatmalasmasak di sini.



aku order set B utk 2 org makan.ada tomyamudang+2 jus buah+2 nasik putih+kailan masak oyster+ayam blackpepper.dan cik shidah makan Nasi Goreng USA.
.
sedap giler okeyyyy tomyam dia!slurppp!!
.
.
total semua RM31 lebih pastu dapat diskaun 10% lagi.mmg berbaloi2 la.sape rasa nk belanja aku,kita ke sini yer!!!
.
ok citer tamat.byk lagi aku nk apdet nie..
.
.

Friday, September 11, 2009

Tag : PuTeRa IdaMaN vs PuTeRa KaTaK

otak bekuuu..!otak bekuu!!otak SI CANTIK bekuuu~!!haha.mati la mengaku diri sendiri si cantik,getis ok.

td tgh wat keje dengan gigihnya,terdengar sayup2 lagu Lelaki Idaman si Melly Goslow Gofast nyanyi tu.tak pepasal melekat lagu tu dalam kepala aku.chaih.

jadi disebabkan takde idea nak ngapdet,sekali sekala best gak bukak topik berunsur gedik camni kan..siapakah Jejaka Idaman anda??

oh tajuk tu terlalu bahaya sbb kemungkinan anda dilibas-dilipat oleh pasangan anda sangat tinggi.
tukar-Apakah Ciri2 Jejaka Idaman Anda?

huii..syok nie nak elaborate satu2.. *sambil buat2 muke miang.*


Google Image-Prince Charming.yummie!
.
ok mcm apa plak aku tepek gambo mat salleh sbg lelaki idaman,tidakkkk laaaa taste saya ye.muka jawa takpe,sila ambil nombor giliran dan anta borang ke depan sekarang.
.

ciri2 lelaki yg di idamkan oleh wanita dr pandangan mata hati saya:
.
1) Pendengar dan Pe-Respon Yg Baik
kenapa ini berada di toplist??sbb ini adalah paling penting iaitu wujudnya komunikasi dua hala.eceh ceh ayat aku.maknanya kalo ko ada masalah ke,ada beban dalam kepala ke,si dia sgt sudi mendengar.dengar dan respon!
.
setakat ko berbuih cerita sampai kering2 tekak,tapi dia cuma buat muka batu sambil berlakon jadik mat sakit tekak sbb asik keluarkan bunyik "hmm..hmm", baik takyah dengar kan.
.
lagi terok kalau ko tgh syok2 citer pasal masalah kat opis siap menangis2 dan berwajah sedih,ujung2 dia cakap " eh,movie apa best skang ek?". damn u!nampak sangat palotak dia entah ke mana.jadi ciri pendengar yg baik ni sgt penting ye ibu2.
.
.
2) Jujur
Bila jujur semuanya akan baik..jadi la setia,amanah,tidak menipu2,tidak tertipu2..haaa.gitu yer..rasanya semua tau so takyah citer banyak.Next!
.
.
3) Kelakar
disebabkan aku ni berotak spastik,dah tentu aku suka pasangan yg sama spastik cam aku.maknanya kalo aku buat lawak bodo,beliau paham dan gelok.bukan aku penat2 buat lawak tp direspon dgn "eh awak ni terencat ke?buat apa ni?".
.
sib baik biebo spastik terlebih..eh-eh.apa terkutuk plak nie. :P
.
.
4) Family Man
maknanya beliau mestila sayangkan keluarga dia supaya satu ari nanti aku yakin dia mampu sayangkan family aku.tapi i dun like la jenis yg melekat bawah tiak mak je.
"eh,i takleh panjat gunung,nanti i rindu mak i"
"i takmo makan kalau mak i tak masak.biar la i lapa.."
.
ada ke laki camni???jarangggg kottttt.yg aku jumpe sume kental2 macho kau!cheh.
.
.
5) Stabil
Yes,jangan nak tipu kalau kata Wang itu Tak Penting.Nowadays wang itu penting okkk.maksudnya bukan la nak yg kaya raya sampai tahap nak kawen 4 boleh petik2 jari je pilih isteri,tp cukup la kalo stabil dlm karier dan mampu sara anak bini.
.
kang kalo keje tunggang langgang,duit takde,mula la rasa tensi nak tanggung anak bini.sudahnya ari2 bergadoh..ohhh...cannot imagine!!scary kan.
.
.
6) Sporting and Supporting
Sebagai gadis yg aktif *ayat bajet artis jawab kt majalah.mampoi la oih!* aku suke kalo dapat pasangan yg boleh get along dgn ektibiti aku.spt join aku beramal dgn anak2 yatim,join aku lepak dgn kawan2,join aku balik kampung dan mcm2 la.
.
kira share ektibiti bersama la..aku pon buat benda yg sama kat dia.mesti best kan sambil nyanyi2 lagu Digi "i will follow uuuuu" goyang2 kaki skit.
.
.
7) Tidak Poyo
ni mcm biasa la..mmg para gadis kurang minat especially bila kuar ayat2 berdarah idong dengar like
"i kuat,sekali i jentik je mamat tu mmg melayang laaaa.."
ataupon
"eh i kaya tau,setakat kete camtu pejam mata je i beli" uwekk!
.
.
8) Caring
lelaki mestilah bersifat melindungi jadi kena la caring dekat awek/wife/family beliau.jangankan sbb awek ko sgt independent,ko biar je susah sorang2.ini ada terjadi yer contohnya awek tgh senggugut terok,bkn nk bwk klinik ke apa just cakap "u gi klinik ati2 yer."
.
hoh??ok fine.kdg2 pompuan ni mls nk mintak2 teman,tp tidakkah ko paham maksud tersirat?sok kalo dh kawen ngandung,kena usung perot sorg2 kah?lemakkkkk ehhh kau.
.
.
9) Penjeles Ala-Ala
jeles ni kdg2 perlu yer tapi tidak mau over2 sampai tahap mengintip ko ke sana sini atau bila ko gi kaunter mamak nk bayar teh o ais dah kena lempang hanya kerana ko senyum2 tgk bulu idong mamak tu terkeluar.
.
itu melampau.tapi kalau tak jeles langsung pon takleh gak sbb si awek akan rasa "dia ni nak kat aku ke tak.kayu je cam xde perasaan.cam x heran je kalo ada org rembat aku"
.
dan saya sgt heran kalo ada org rembat biebo atau biebo saje2 offer suruh dirembat.cemburu tahap terajang sampai maut okk. *ayat ugut.ayat ugut.*
.
.
10) Romantika di Tampoi
Oh ini mmg idaman gadis2 la nak dapat pasangan yg romantik tp bg aku takmo la yg romantik melampau tahap tiap kali jumpe tiap kali tu bawak gitar nyanyi2 lagu P.Ramlee.mau aku lari nyorok bawah jalan ye tak.
.
cukop la sekadar buat kejutan sekali sekala spt kasik bunga sekuntum ke,kasik cekelat ke,kasik kad ke,kasik lagu ke...tu pon dh cukup menyentuh ati kan.bole bwk nanges terharu 2 ari 3 malam.
.
dan paling koman,tiap hari kena cakap i lebiu babeh!dan ini mmg biebo akan cakap ari2 cuma bila time tak clear spt di opis aku akan balas "copy-paste bo" sbb takmo org kat opis sume pengsan bawah meja.
.
ok cukop 10 point dulu.letih aku menaip nie.



So..camne prince charming anda???
.
kira ni Tag la eh..aku nak tag gadis2 single sbb kang kalo aku tag isteri org,ada plak kena penampo si suami ye tak.ke tak kesah??
.
tp rasanya kalo nk share pendapat org dh kawen apa salahnya ye tak..jadik aku tag semua yg ada di blog list aku.hahaha!!err..pizi ada lelaki idamankah?
.
.

Thursday, September 10, 2009

MaKaN RaJA BuRgeR di One UtaMa.SeDaPP!JgN TeRLiuR

holla peoples..

adakah anda berpuasa arini?pastikan lepas makan nasik time sahur tu,gigi digosok diganyah dan kumur secukopnya.tanak la pagi sok ko sampai opis ada org tegur "aii.sahur sayur nangka ke subuh tadi?"

sbb apa??sbb ada tersibai sayur nangka di pinggir bibir.tu contoh la ye kelakuan yg bisa memalukan diri mereka dan keluarga mereka.hehe. *sambil raba2 mulot sendiri kot2 ada kesan2 sejarah karipap sardin.*

oh,semalam aku dan emy tetiba buat plan giler nak berbuka bersama di One Utama.bermula dgn YM dalam kol 3 gitu..tp tak kompem la,kena tanya laki masing2 la,apa la..

udahnya sampai pukol 4 lebih tak decide2 lagi pastu 4.30 dah nak tutup PC baru masing2 menggelupor dok taip
"ok-Ok set!jumpa kat OU!"

haih... T_T

tapi ianya kelakar dan penuh mencabar.tetiba mencabar.kasik lempang satu kali baru tau sbb suke sangat cipta ayat tak relevan padahal dapat A1 matapelajaran BM time SPM dulu. *ayat nk eksen,harap dpt menangkap maksudnya.*

kitorg pegi berbuka di Burger King walaupon pada awalnya eksaited nak buka Johnny's tp dah full house, lari plak ke A&W siap duduk2 atas kerusi empuk pastu selamba blah sbb rasa tak best la pulak suasananya.

maka ke Burger King yg dh berzaman aku x makan,rasanya last aku makan masa dgn ex aku makan kat KLCC...ada kan burger king kat situ??ke salah tempat aku sebut?abaikan.tak penting kesah lama.uhuk3.

oh,gambo kat Burger King x amik sbb lupe dan malas.
baik kan alasan saya.





burger tapau bawak balik rumah sbb perot dh full dan makan depan TV sambil goyang2 kaki atas sofa adalah nikmat sejati sampai pejam2 mata kunyah.
.
tu pon masa order jadik sangat tamak padahal setan takde,sape yg hasut diri yg suci murni nie??puii~!
emy : kalo ko x leh abis,order la Whopper Jr.
aku : ishk..mana leh.tak cukop kang!nak Whopper besar jugak.ni nk order Onion Rings skali.
.
mmg la tamak budak sekor nie. T_T
.
udahnya makan fries dgn Onion Rings je dah cukop buat tersandar pegang2 perot.kenapala pretasi makan aku dh kurang aktif skang..





burger besor melampau sampaikan sama saiz gan muke aku siap boleh nyorok2 belakang dia.ke sbb muke aku yg kecik comel??ada benarnya jugak tu. *sila pengsan beramai2 sampai puasa tahun depan*


ok tak paham kenapa malam tadi poyo sangat nak bergambar camnie.layankan jela yer..bujang terlajak mmg camni skit perangainya. *takleh cakap anak dara tua..sensitippp!sentappp!tampo bertubi2 kang*




fuh terliur x??heaven sambil layan Kyle XY yg kiut rasa nak pijak2 je.oh tapi burger ni melampau besar dan nak habiskan terpaksa jenuh tolak2 gan air.
.
.
oklah sekian nasihat dr pakar pemakanan anda,kita kembali ke Sri Pentas.
.
.

Wednesday, September 9, 2009

ApA SiPOt BaBI bUat AtAS KuALi??

semalam aku dijemput join bebudak Finance Malaysia Operation gi berbuka dengan supplier kat Shogun One Utama.

sbb mmg dh terlanjur lalu situ time balik,elok la rezeki itu tidak ditepis sebaliknya tadah tangan besar2 dgn senyum lebar.

Amy dan Khatijah tumpang kete aku,maka 4.30 sharp2 dah memecut ke OU sebab cuaca dh mendung dan sape hingin nak redah jammed time ujan kan?buat ilang pahala poser je.



sampai sana bapak awal sbb biasa la mood dibelanja manusia mmg lain macam semangat dia tu.oh,ternampak deco raya ala kampung kat bawah nie,harus la teruja snappy2 cam penjakun sejati.




menjadikan Amy sebagai model "jemput la beraya ke pondok saya.takde kuih,kita order Pizza je nanti.".yg tak tahan,siap buh pasir2 kat bawah umah tu..real okk.rasa nak pacak buluh pastu bakar lemang je sambil ternak ayam kampung.




siap ada vespa sezen kat atas tu..tp motip vespa menginap atas umah??


kat pondok sebelah plak ada akak ni si pelukis lukisan batik tp harga nak beli hanya mampu telan air liur je la.makan riban2 ok.yg harga RM20 ada la sebesar cebisan kertas resit parking tu ha.tepek kat dinding pon x nampak.
.
.
sbb awal lagi,kitorg lepak2 je tgk org lalu lalang yg pelbagai gaya sampai terteleng2 kepala.
.
ada si kembang,si kuncup,si tersepak kaki sendiri lalu nak jatoh pastu diketawa dek amy tanpa rasa bersalah pastu bila si tersepakkakisendiri pandang,aku buat2 tenung dinding.haha.




cukop time terus masok Shogun sbb meja mmg supplier dah siap2 booked untuk kitorg.ini adalah pestime aku mencuba makanan di sini,kata Ryn sedap dan byk pilihan.suke la sbb bole tamak2.




mula mengambil makanan dan pilihan makanan sgt byk.ada sushi,Thai Delight,Western like ball2 goreng tu,nasik kambing *kompius,nasik ni org mkn ke,nasik kepunyaan kambing??*, dessert maha byk dan mcm2 la.harus tawaf patblas kali ni.




tp yg horror tu siap ada sipot b**i tgh posing cantik atas kuali dan RAMAI ORG AMIK OKK!apakah??aku tgk cam sipot yg selalu merayap tepi longkang umah aku tu je.pengsan weh.camne kalo tgh makan tetiba sesungut dia terjubir di bibir??hoh!!!



ni sushi dan saya bukanlah penggemar sushi sangat apatah lagi nampak ikan salmon dan sotong mentah2 ditepek atas nasik pulut itu.terus teringat kisah nenek kt jepun yg otak dia berulat sbb suke mkn benda mentah camni.aku syg otak aku yer.




gambar gegar sbb tgh berebut nk amik makanan.ni pulak bahagian western tp x la hebat mana sbb byk goreng2 cam fishball salut serbuk roti yg digoreng,bebola ayam,bebola udang,kira camtu jela makanan dia.i thot ada chicken chop ke hape.




first round i ate this!mee tu sedap begitu juga chili crab.




2nd round yang ni pulak.dah mkn separuh baru amy tegur
"x amik gambo ke??"
maka ini je yg sempat di snap sbb selebihnya dh terjun dalam perot aku.Majin Boo btol perangai.


bebudak finance Malaysia Ops dan gambo supplier 4 org tu yg kuarkan duit belanja kitorg tak sempat aku snap sbb malu2 kucing.haha.
.
dan paling teruja sekali adalah........!!
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


sepeti aiskrim!!!pengsan-bangun-pengsan-bangun aku depan nie sbb teruja cam dapat kawen gan anak raja kekdahnya.dah la flavour banyak mmg meleleh airmata la peluk peti nie tanak balik.



dan juga dessert lain spt di atas.sebenarnya banyak giler dessert,aku je dh tak mampu makan dan tetiba rasa nyesal makan nasik lemak pagi tu.kalo tau byk camni makanan mmg 2 ari aku anjurkan mogok lapa T_T



nikmat sejati dan tak terhingga sampaikan tamak amik 3 skop teros.
.
overall ok-ok je makanan kat sini,nak kata sedap melampau tu tak la kott sbb aku takde plak tambah 4-5 kali.mmg variety tapi entah la ek,kurengggg skit la ataupon tekak aku je gedik rasa tak sedap kot.hahaha.
.
oklah.dah malas nak taip... :D



Tuesday, September 8, 2009

KaiTaN PizzA-SaLoN-LetuPaN JaRi?

holla!

giler la skang dah malas rasa nak ngapdet.boleh tak aku kasik alasan fon aku rosak jadik cannot snap sana sini,bila takde gambo gimana mau ngapdetnya ye tak??

lain la kalo ada org nak belanja iPhone seketol takpun dermakan DSLR sebijik.baru rasa diri disayangi.

jangan berangan sbb takde millionaire membaca blog suci haku nie.ke ada?? *sambil kelip2 mata buat muke comel tapi hasilnya horror.*

oh,ari sabtu aritu aku ke salon sbb nk re-highlight blek rambut aku yg dh serupa bulu penyapu jerami tu, sambil biebo tumpang sekaki potong rambut dia.

kitorg ke salon favvy aku kt sri damansara.sanggup ok patah balik dr shah alam ke situ.

kali ni aku cam nak tukar la skit style aku kan sbb asik la rambut lurusmacambosan gitu kan,so mintak dia potong fringe skit kat rambut aku.

tak sedar bermuka tua,buat fringe macam kawaii sudahnya jadik muka cacat.damn.. T_T

ni tiap2 ari kena berdoa sblm tido supaya rambut cepat panjang dan boleh la kembali jelita spt sedia kala.pui-pui~!!

dah setel urusan rambut cacat tu, berjanjian gan emy dan ayam nak makan Pizza Hut buka nanti.dok roger2 kak pida tiada respon padahal sehari dua sbm tu dia ada kata KRZ ngidam pizza.tak dapat la join..

kami ke Pizza Hut bapak besar di Kota Damansara.


Ayam sengal dan emy tak berapa sengal.eh-eh.bulan posa kena byk bersabar..sila simpan penampo anda.




ni mmg kompem dua-dua sengal.abaikan muka cacat saya.tu pon fringe tu aku dh kuak2 ke belakang.hate it!!! T_T tsk.oh,aku x curl kan rambut aku,tu temporary sajork.



muke2 teruja makan pizza sampaikan tak perasan muke menjadi sangat ngeri.




makanan byk sbb order dgn tamak tapi abis okeyyy...sape la makan byk tu. *sambil siul2 kaberline.*



pergaduhan laki bini. oh,tahukah anda biebo ada satu hobi yg setiap kali dia buat,aku rasa nak lempang2 je guna kaki.hobi dia adalah letupkan jari aku!bkn letup2 guna bom tu,tp bunyik2 kan sendi jari mcm patah2 gitu.
.
setiap kali kalo dia pegang tgn aku,sila standby ayat maki sbb dia seboleh2 nak letupkan semua jari aku tanpa peduli aku jerit2 sakit ke tak.keji.keji.
.
jangan guna ayat2 di bawah di depan kanak2 bawah 12tahun.
aku : adoii!!sakit laaa!!ishkk..tanak la! <--sambil tarik2 tangan aku siap geget2 dia.
him : satu je..satu je lagi.yg kecik nie..yg kecik <--sambil tarik2 tangan aku balik
aku : eeee..tak suke laaa!sakit la ngok!!
.
him : <--tak peduli dan terus meletup2 jari aku.
aku : benci btol la.kalo org kata sakit takyah la buat.
him : hahahaha.ok dah.
.
aku : <-- fjhsufwifhvgbuyiodhhhfowuyuiudf
mmg boleh bawak gadoh kejadian camnie.
.
padahal bukan la sakit kronik sgt pon cuma aku fobia takot tergeliat urat jari jemari aku,mana tau boleh bawak putus ke apa kan.
.
eh oklah.apa terpesong sampai citer pasal urat ni padahal td citer makan pizza.sengal biebo nie.hahaha.tetiba salahkan laki sendiri.
.
baik..nak pegi buat keje jap . *keje di sini membawa maksud meng-online YM.harap maklum.*





Friday, September 4, 2009

Beraya Gaya Mamee

hey-hey, ari raya dah semakin tiba.sudahkah anda soping sakan untuk raya?

baju raya dah beli?kasut raya?kuih raya?
tudung raya?handbag raya??

haih..banyak tu nak pikir dan kencang jugak la kena berlari ke ATM machine utk withdraw segala harta karun yg tak berapa cantik sangat angkanya itu. :P

aku tahun ni baju raya takyah beli sbb bakal mak mentua *auwww.dan-dan ngaku bakal mak mentua kan* dah kasik sehelai baju kurung moden yg cantik sungguh designnya.teruja nak pakai raya nanti pastu berlagak cam bakal menantu kesayangan.padahalll…

oh.tahun ni adakah bajet kad raya korang??aku rasa aku dah lama tak beli kad raya apatah lagi nak pos kat kawan2.sebab tu aku teruja pos kad raya guna e-card sbb jimat masa,wang setem *30sen pon berkirakah?* kad raya dan jugak jimat dakwat.bapak kedekot!

kebetulan Mamee ada buat promosi di mana ko boleh menang besar dgn membuat Open House besar-besaran secara PERCUMA.

the best part is, ada artis yg sedia berkhidmat utk ko untuk masak lemang ke,potong ketupat ke,pasang langsir ke..teruja tak nak buli??haha.

andaikata ko menang, Mila AF,Hafiz AF, Aril AF dan DJ radio Era akan ke rumah ko dan menjadikan Open House umah ko cukup sempurna dan meriah.best.best.cam eklan kat TV tu kan.

kalau tak menang tu pon,ko still ada chance nak menang RM200 setiap hari dr 7 Sept hingga 18 Sept dgn cara menghantar seberapa banyak e-card yg boleh.menarik tak??RM200 boleh beli kuih raya 20 balang okeyyy.

dan kalo ko blogger yg ada account Nuffnang, ada peluang utk menang additional RM300.fuhh.terbeliak2 mata $$$

so tadi aku saja try godek2 dan cam nak melompat sebab e-card dia sangat comel.


memula pilih gaya apa ko nak..1st try aku amik tradisional.



boleh upload gambo ko siap.maka hasil lastnya nanti akan ada muka ko terpampang kat e-card tu.glamer mak noks!


2nd aku try yg nie..ni lagi best sbb teruja nak cantumkan kepala dengan badan kartun tu.haha.i had fun okies!


saje testing dan grab gambo piki,KRZ dan Ayam.kang buh semua gambo aku kang cam giler glamer la sangat! :P



dan hasilnya!!suke.suke.sbb ada efek gelek2 atas van tu.haha.pastu ko masukkan je email kawan2 yg ko nak send tu.senang giler.
.
at least raya nampak lebih cerio la kan bila leh lompat2 atas van . ^_^
.
.