seperti yg dirancang rapi umpama mahu melakukan rompakan bank,ari ahad tu berduyun tiba ke rumah ayie.
Puan Ayie nie mmg suke suruh org datang umah dia abiskan beras dan kordial oren,maka takkan la nk hampakan tuan umah kan plus awak tu mmg kuat makan apatah lagi ianya FREE.ahaks.
tapi sebelom tu aku dah bertungkus lumus kat dapo umah shidah masak sambal tempe.bertungkus lumus bermaksud memasak sampai berpeloh2 sambil jerit2 halau shidah bila dia jejak kaki kat dapo.
aku fobia kalo org tgk2 aku masak,resepi rahsia okk. *padahal cuak bila org terer masak pandang2 skill aku pegang senduk mcm mengayuh sampan*
dalam kol 6.15 camtu,kitorg sampai umah Ayie.Cik Sheeda dan Anik belom nampak bayang.ngelat yer,datang nk buke tanpa membuat kerja. *ayat dengki di situ*
ekceli ni ala2 mini gathering dgn geng2 lama Aspuri dulu kala plus diorg ni dh lama x jumpe sheeda.aku je kebetulan jumpe kat bazar aitu sambil buat lompatan bintang dan pelok2 penuh bahagia.rindu seyh..dlu geng rapat dgn dia siap pelok2 pinggang time jalan.
.
.
bila sheeda sampai,berlaku adegan jejak kasihan.pelok memelok,tangis menangis.tragis sungguh.pesal kat bazar aitu ko tak nanges eh? :P
.
tp mmg sedih pon sbb last kitorg jumpe sheeda ni masa Form 3.ko bayangkan skang Ayie dh anak dua!dah bape belas taun pulakkk! *saje drag ayie sbg contoh bg mengelak diri aku dikenalpasti sudah tua.*
sheeda datang dgn tuttttt dia.tuttt bermaksud masih kabur dalam pandangan status perhubungan mereka.jd gambo si jejaka terpaksa di misterikan.ceyh3.
makanan yg dihidang sangat marbeles.ada pecal dan ikan patin masak tempoyak di masak oleh chef Ayie,Ayam masak merah dr Chef Shidah dan Sambal Tempe Stone dr siapa lagi jika bkn Chef Cantik dr mana tah tu.haha.blah.blah la kau.
dah setel hidang2,ayuh mengajar anak org bergedik dgn camera supaya dh besar nanti leh tepek gambo2 cantik dekat myspace mereka.
dah setel hidang2,ayuh mengajar anak org bergedik dgn camera supaya dh besar nanti leh tepek gambo2 cantik dekat myspace mereka.
gambo dr atas camni mmg wajib tepek dalam myspace ye Aliya!dan si Aliya ni sangat terer berposing,mmg kegemaran aku la budak camni.
Anis pon sama berposing siap baring kauuu~!ada ciri2 keibuan tak aku?ke ciri2 cekgu tadika terlampau?
.
.
bila dekat time buka baru Anik dan somi terchenta beliau sampai,tepat timing ko kan nik?tapi xpela,sbb dia dh sarat sgt tu,tgk perot dia pon aku bertempiaran lari ketakutan.keras semacam oh!
.
ibaratnya kalo terkena kuku aku boleh koyak kulitnya....scaryyyy!
lepas makan sedap dan aku TERtambah dua kali,masing2 lepak melegakan perot sambil tgk album mengungkit kisah lama sambil gelok2 kutuk tgk gambo aku di zaman sebelom masihi dulu.fineeeeeeee T_T
kamilah ex-Aspurian Sekolah Menengah Dato' Mahmud Mat Pekan yg ngetopppp!haha.matik la perasan.yg lain mmg ngetop dulu kecuali aku sbb aku ngetop sekarang!!haha.ok-ok sila lempang aku ramai2.
.
.
masa tgh riuh2 ni kan,mak aku call pastu nak cakap gan Anik tanya pasal baby pastu aku dengar la skit2 conversation Anik dan mak aku.
.
Anik : bla..bla..bla..pesanan?haa..ok.ok.nanti akan sampaikan pesanan penaja tu kat dia.
pastu dia pas fon tu kat aku,sembang2 jap gan mak aku pastu bila aku letak fon baru aku tanya anik.
.
aku : mak aku pesan apa weh?
Anik : mak ko pesan,cepat2 la skit bagi dia cucu,tunggu abg long ko lambat sgt.hahaha.
aku : aaaaa???sabo jelah mak aku nie.... *sambil nyorok bawah sofa penuh malu*
.
apakah???depan aku tanak cakap suruh kawen,kalo tak dah lama aku hadiahkan mak aku cucu dua tiga baris.haha.poyoooo!
.
yg pastinya malam tu sangat seronok bergembira,pasni kita kena buat lagi gathering tp ajak lagi ramai budak2 Dato' sbb masing2 bersepah dok kat KL nie.skali skala mengenang kesah lama indah kan?
.
anyway credit to shidah yg kasik pinjam fon dia buat snap sana sini memandangkan fon 'longkang' aku masih merajok ati.tensi.tensi.