sbb mmg dh terlanjur lalu situ time balik,elok la rezeki itu tidak ditepis sebaliknya tadah tangan besar2 dgn senyum lebar.
Amy dan Khatijah tumpang kete aku,maka 4.30 sharp2 dah memecut ke OU sebab cuaca dh mendung dan sape hingin nak redah jammed time ujan kan?buat ilang pahala poser je.
sampai sana bapak awal sbb biasa la mood dibelanja manusia mmg lain macam semangat dia tu.oh,ternampak deco raya ala kampung kat bawah nie,harus la teruja snappy2 cam penjakun sejati.
menjadikan Amy sebagai model "jemput la beraya ke pondok saya.takde kuih,kita order Pizza je nanti.".yg tak tahan,siap buh pasir2 kat bawah umah tu..real okk.rasa nak pacak buluh pastu bakar lemang je sambil ternak ayam kampung.
kat pondok sebelah plak ada akak ni si pelukis lukisan batik tp harga nak beli hanya mampu telan air liur je la.makan riban2 ok.yg harga RM20 ada la sebesar cebisan kertas resit parking tu ha.tepek kat dinding pon x nampak.
.
.
sbb awal lagi,kitorg lepak2 je tgk org lalu lalang yg pelbagai gaya sampai terteleng2 kepala.
.
ada si kembang,si kuncup,si tersepak kaki sendiri lalu nak jatoh pastu diketawa dek amy tanpa rasa bersalah pastu bila si tersepakkakisendiri pandang,aku buat2 tenung dinding.haha.
cukop time terus masok Shogun sbb meja mmg supplier dah siap2 booked untuk kitorg.ini adalah pestime aku mencuba makanan di sini,kata Ryn sedap dan byk pilihan.suke la sbb bole tamak2.
mula mengambil makanan dan pilihan makanan sgt byk.ada sushi,Thai Delight,Western like ball2 goreng tu,nasik kambing *kompius,nasik ni org mkn ke,nasik kepunyaan kambing??*, dessert maha byk dan mcm2 la.harus tawaf patblas kali ni.
tp yg horror tu siap ada sipot b**i tgh posing cantik atas kuali dan RAMAI ORG AMIK OKK!apakah??aku tgk cam sipot yg selalu merayap tepi longkang umah aku tu je.pengsan weh.camne kalo tgh makan tetiba sesungut dia terjubir di bibir??hoh!!!
ni sushi dan saya bukanlah penggemar sushi sangat apatah lagi nampak ikan salmon dan sotong mentah2 ditepek atas nasik pulut itu.terus teringat kisah nenek kt jepun yg otak dia berulat sbb suke mkn benda mentah camni.aku syg otak aku yer.
gambar gegar sbb tgh berebut nk amik makanan.ni pulak bahagian western tp x la hebat mana sbb byk goreng2 cam fishball salut serbuk roti yg digoreng,bebola ayam,bebola udang,kira camtu jela makanan dia.i thot ada chicken chop ke hape.
first round i ate this!mee tu sedap begitu juga chili crab.
"x amik gambo ke??"
maka ini je yg sempat di snap sbb selebihnya dh terjun dalam perot aku.Majin Boo btol perangai.
bebudak finance Malaysia Ops dan gambo supplier 4 org tu yg kuarkan duit belanja kitorg tak sempat aku snap sbb malu2 kucing.haha.
.
.
dan paling teruja sekali adalah........!!
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
sepeti aiskrim!!!pengsan-bangun-pengsan-bangun aku depan nie sbb teruja cam dapat kawen gan anak raja kekdahnya.dah la flavour banyak mmg meleleh airmata la peluk peti nie tanak balik.
dan juga dessert lain spt di atas.sebenarnya banyak giler dessert,aku je dh tak mampu makan dan tetiba rasa nyesal makan nasik lemak pagi tu.kalo tau byk camni makanan mmg 2 ari aku anjurkan mogok lapa T_T
.
overall ok-ok je makanan kat sini,nak kata sedap melampau tu tak la kott sbb aku takde plak tambah 4-5 kali.mmg variety tapi entah la ek,kurengggg skit la ataupon tekak aku je gedik rasa tak sedap kot.hahaha.
.
oklah.dah malas nak taip... :D