Friday, May 22, 2009

eKLaN x kEna baYaR : Mee CuRRy

Sejak dua menjak ni,
Aku dan Mr Kaya Kopitiam bagai takleh dipisahkan.
Bagai isi dan kuku..Bagai aur dan tebing..
Bagai anjing dan bayang2…eh eh terlari peribahasa.

aku suke lepak sini sbb makanan dia sedap melampau.
Pendek kata sume sedap la..
Panjang plak kata sume mahal..huahuahua.

Mahal x mahal sgt la..affordable walopon tgh2 bulan.

Apa yg indah adalah…Mi kari dan chickpen porridge dia.
Marbeles weh..merembes airmata kalo ko makan.
maka,sediakan tisu dan bahu pakwe utk disandar sambil lap ingus.crettt!

Kali ni aku nk promote mi kari dia..
Walopon eklan ini tanpa bayaran,tp takpe…
Adik beradik mana bole berkira kan?
*adik beradik merujuk kpd pekerja India/Nepal/bangla di situ..tidakkkk!!*


Mi Kari sedap..
.
.
Spesifikasi <--hambikk ko.spesifikasi siapp!
- kuah yg pekat
- mi yg direbus terlebih dahulu(buang minyak)
- ayam segar.seketol teros.x main ar potong kecik2
- tauhu sedap.
- mi banyak (penting utk org yg tamak cam aku)
- rasanya sedap.lemak masin cukup.
- dihidang panas umpama baru dicedok dr periok menggelegak.
.
Haaaa..anda terliur??dapatkan di pasaran.



Bukti peha ayam di dalam sini.
Noted : paha ayam yg berkokok, bkn AYAM TUNANG EMY.harap maklum.
.
.