Friday, August 28, 2009

DiET aPa KaLAu BoLe AbiSKaN NasIk 2 PinGGaN

holla peoples..

sorilah arini dan semalam kebizian melanda sbb katanya opis hour sampai jam 4.30pm kan,mmg sesak napas la buat keje kejar masa.

kalau balik lambat,lewat la ke bazar,susah dapat parking,susah nk melintas jalan menuju ke kereta dan mungkin korek idong sbb dh ilang sabar.haishkk..itu over.

ada citer best pasal mlm semalam sampai aku sanggup skip entry aku berbuka di Nandos sbb eksaited nak stori pasal nie.agak keji di situ..haha.

smlm kak pida sms ajak berbuka sama dengan emy dan juan kat Selero Nogori yg dikabarkan sangat sedappp oleh mereka.

jiwa nie dh mula teruja dah nie sbb masak lomak cili api nogori mmg favvy aku la since Achu ajar masak masa kat JB dlu.tp tekanan..dah lupe resepi tu!chit!

aku sian kat biebo sbb takkan dia nk dengar je aku cerita aku gi makan ke sana ke sinun sdgkan dia buka kat umah macam kesian.so call dia ajak dtg sekali.ok tukar ayat, SO CALL PAKSA DIA DATANG SEKALI.


aku tumpang kete kak pida je sbb tak tau jalan ke sana pastu kak pida singgah Bakery Shop nak beli kek besday Cik Patin.kan ke kami berkongsi tarikh yg sama dan hanya org comel je lahir aritu. *sambil kelip2 mata jelir lidah mcm la comel sgt buat camtu*
.
agak kelam kibut la petang smlm sbb jalan jammed melampau sbb ujan pastu dh dekat time buka ditambah lagi dgn tekanan sesat jalan..huihh.mengecil aku kat belakang.. :P
.
tapi berjaya jugak la sampai secara berasingan.kitorg dan emy dan ayam sampai dulu..si Pizi dan biebo masih stucked dalam jammed katanya.




sampai je terus pilih2 lauk tapi malangnya daging salai masak lomak dah pinish... T_T. aku request kuah jela buat lepas hajat.
.
.
oh ada citer menarik.sebenarnya makan2 nie emy dah planned nak suprised kan aku.kononnya aku mkn2 nie tak bajet la biebo ada sekali.so dia sms biebo cakap kalo aku ajak join,katakan TIDAK.
.
tapi laki aku tu kan spesis manusia bgn tengahari buta,dia x baca sms emy so bila aku ajak teros dia kata YES.haha.sungguh senggggg.... *huruf belakang tambah sendiri*
.
tp cam mengada la kan..dia berpakat dgn pizi kononnya dtg asing2,ngabiskan kedit aku je call dah la Pizi main miskoll jeeeeeee... :P
pizi : aku dh gerak,Dai (Biebo) ada kelas,takkan aku nk tunggu.jammed nie.
aku : Loh ko nie..sian Dai,dia mana tau jalan weh..
Pizi : ok la..aku tgu dia kat tol.ko bgtau dia.
.
so aku call la biebo plak.
aku : eh bo,pizi dah gerak la..dia tunggu kat tol..bla bla bla. <--beria explain.
him : yeke..ok xpe.nanti bo carik tempat tu.
.
aku risau sbb aku tau biebo nie failed bab jalan bila dia kuar dari comfort zone dia shah alam tu.
.
dan pizi byk kali miskol aku dan byk kali jugak la aku call dia balik pastu call biebo..padahal diorg satu kete okkkk!!hoihhhh...saba jela nak buat suprise pong.



nasib baik emy gan ayam dah reserved table so takyah la nak rebut2 sbb customer adalah ramai bermakna sedap la restoran nie.


emy,organizer pada hari tersebut.muche glasias sbb susah2 planned udahnya biebo buat spoil. :B



dan Ayam sengal asik nganga bila ditala camera.kalo aku tala tapak kasut ko nk nganga x?oh,emy dtg dgn Ayam so sebarang spekulasi tak diterima sbb skang kita guna konsep Ada Jodoh Tak Kemana...cewahh~!



besday girl..girlkah??puiii..dan abaikan dahi jendul boleh buat bendang sawah tu.



lauk pauk yg nampk sedapppp dan maruku di dalam balang tu mmg sumpah sedap walaupon warna dia tak nampak sedap.



lauk dihidangkan ala2 Nasik Padang kat Indon tu.dia bubuh dalam piring kecik2.bapak rajin nak basuh pinggan konsep kedai nie.
.
lauk yg kitorg amik : masak lemak pucuk paku + ikan tenggiri goreng+ asam pedas pari + kari daging + tempe goreng + tembikai dua jag.


budak pendusta tp disayangi dan jugak ayam budak sengal yg nak dikaki-kaki.


MA Sopi pon ada sama dalam agenda makan-makan busat nie.
.
ingin aku tegaskan di sini,masak lemak cili api dia sangat superrbbbbb!sumpah sedap tak tipu.
.
aku cuma amik kuah lemak cili api,sepotong ayam rempah dan beberapa keping tempe goreng tapi aku tambah dua kali!diulangi dua kali!!
.
mmg sedappppp... :')

pastu kak pida dan KRZ mengemas2 umpama berada di umah sendiri tapi umah versi kampung dimana KRZ membawakan watak Tok Penghulu.eceh.


Ayam masih mintak Kaki.nk bg kaki kanan ke kaki kiri nie??saba acik.saba.kaki ko nk guna lama lagi tu.



sesi potong kek besday Patin.woweeee.comelll bangat~!



patin teruja tiup2 lilin tapi Emy lebih teruja tepuk2 tgn siap lompat bintang teragung pastu merangkak bawah meja.haha. *citer tipu dan imaginasi semata.*
.
.
semua sekali total makan semalam dalam 100 lebih la.aku tanya kak pida berapa,dia ugut2 bunuh plak. :P
.
utk tujuan promosi, nama kedai ni SELERO NOGORI dan dia ada byk cawangan cuma yg aku pegi ni dekat Taman Tun dekat2 Balai Polis.kalo suruh aku bawak,mmg failed sbb aku tak ingat jalan. ^_-
.
anyway terima kasih tak terhingga kepada semua walaupun bukan lah official besday party aku *sbb aku hanya anjurkan party liar..PANG*
.
tido smlm senyum2 je sbb dapat mkn sedap dan paling utama 2 PINGGAN... ^_^