Daisypath Anniversary Years Ticker

Wednesday, August 12, 2009

EntRY SerIuS:JiKa AdA maSaLaH KEmURuNGaN, JGn BaCa


disebabkan malam tadi aku takleh tido,maka otak bekerja keras memikirkan macam2 benda yg berlaku dalam hidup aku.

titik permulaan adalah masa detik2 pertama aku bersama biebo dan wayang mengimbas kenangan lama pon bermula.. *bayangkan anda duduk dalam cinema sambil makan popcorn sebakul.ok ni entry serius.tak perlu ada elaboration macam nie*

tahukah anda kadangkala ati manusia terlalu cepat berubah..hari ni ramai org menghimpit dan mengaku kawan kau,tapi esok2 masih sama ke?

perlu ingat bahawa ati kekasih kau senang berubah, hati kawan apatah lagi.dan aku harap apa aku taip ni tak mengundang apa2 kontroversi dan tak diterjah oleh Abg Nas si rambut ketak utk dipaparkan dalam Melodi.tp takpe,aku takde kawan artis..perasan artis ramai kot.haha!

ok sambung citer.
masa aku memula join diri aku dalam kelompok kawan2 biebo, aku macam kera sumbang *walaupon muka cantik takde iras kera pon.Pui~!sempat.* tapi apa yg aku nampak kelompok kawan beliau ni macam ada sesuatu yg tak kena somewhere.

ok make it clear.

time tu aku cam terpinggir sebab aku bukan kenal sangat diorg walaupon dalam geng dia tu ramai pompuan.dan pompuan selalu macam pandang tak kena pada aku maybe sebab aku tak hot dan korang bukan hot sgt pon.haha.emo.

tapi tak semua la,macam Yanot aku boleh get along sebab dia rajin sembang2 dgn aku dan tak pandang aku dgn pandangan “huh,mcm la cantik sgt awek dia ni,aku lagi hott okeyy

tapi lama2 tu aku sembang jugak la dengan pompuan2 tu sbb tanak la airmuka pakwe aku terjatuh sbb dapat awek sombong tapi cantik camni.abaikan kalau ada ayat meloyakan tekak.tp aku sungguh takleh blahhhhh dgn konsep perkawanan mereka nie.

dan inilah contoh terbaik aku nak citer sebab kena dgn topik “hari ini kau disanjung,esok kau tersungkur.”

tapi sbb org kata aku ni cam junior kan,takkan nak lebih2 plak kompelin cara diorg bersahabat nie.aku cuba menerima walaupon dalam ati rasa nak hentak2 kepala sambil cakap why?why?why dalam perkawanan perlu ada org nak berlagak macam Ketua Kelas??perlu ker??

contoh: Nak melepak di Ali 7
Henpon semua kawan akan berbunyi,ok fine sebab roger tu mmg biasa supaya lebih ramai lepak lebih meriah.tapi perlu ke memberi ayat berupa arahan camni
“ok.ko pegi amik si tetttttt kat umah dia.lepas tu ko amik plak si tetttt sbb kitorg dr bla bla.jumpe kat ali je terus.”

mesej tu datangnya dr seorg perempuan yg mungkin rasa dia Ketua Kelas ke Ketua Pengawas ke ketua whatsoever ke, tapi ofkos la aku x dapat mesej tu sbb aku bukan org penting dalam kumpulan.dia mesej biebo je dan biebo pon menurut satu persatu arahan tu.

aku kekal diam.sbb aku masih meneliti konsep apa diorg pakai ni.

bila lepak,pompuan tu still berlagak ketua dgn membuat macam2 rancangan la apa la.dan gaya penceritaan beliau sangat2 poyo dan aku mengesan byk citer tak logik dia citer.

apakah logik ko citer umah ko kat kampung boleh membela harimau dan harimau bebas kuar jejalan di halaman rumah pastu bila lapar pegi dekat fridge dan si rimau boleh pilih nak makan daging apa hari tu??


daging plak sampai beribu2 ringgit kena beli utk sebulan.yg peliknya geng2 dia sume percaya *atau berlakon percaya I dunno la kan* .

takkanlah jiran2 ko kat kampung tak bertempiaran lari bila nampak si rimau berjalan2 depan umah ko.skema btol rimau ko sebab tak ganas iye.mungkin rimau pondan.

come on la..apa muka kita ni macam kanak2 pra skolah yg bawak bekal chipsmore g skolah ke ko nak tipu2?

tp aku tetap diam.

tapi pompuan ni berlagak cam org penting la..kalo nak lepak,sume duk roger2 dia layaknya kalo takde dia mmg tak berseri la kehidupan mereka.kalo takde dia sume mamak kat shah alam mogok tanak bukak kedai kot.oh sangat penting diri dia.

dan dia selalu la menjadik tempat org mintak2 nasihat baik dr segi percintaan,makanan,pasal antu2 ke bomoh2 ke termasuk la pasal Architecture mmg dia semua tahu la.perpustakaan bergerak kekdahnya.

fine..masa ni aku nampak dia berada di puncak yg gah.

tapi tak berapa lama pastu, semuanya dah berakhir..kawan2 pompuan saling bercakaran tuduh menuduh,fitnah memfitnah..pastu terus si pompuan ni kena pulau sebab ramai yg dah tahu true color dia..

dari ramai kawan2 yg mengelilingi ko,akhirnya ko takde sesape..takde sesape nak lepak,nak sembang dan nak percaya apa ko cakap lagi.

dan semua tu menyedarkan aku bahawa tak selamanya org akan suka kita..mcm sekarang aku gembira ada ramai kawan2 rapat dan mungkin menjadik trauma kalau aku kehilangan mereka..

tapi,selama mana diorg boleh suka aku??

ok.sebenarnya ni dah terlampau panjang aku cerita,padahal malam tadi emo gan biebo sebelom tido.punye jauh pemikiran aku pergi dan banyakkkk benda aku pikir tapi terpaksa off record sb terlalu peribadi aku nak share. :')


apa kata sambung topik ni lain kali... *alasan terbaik nak lari*