Daisypath Anniversary Years Ticker

Tuesday, July 28, 2009

keHiDupaN KusAm dan BusuK TanPamU

salam semua… <--sambil hulur tangan berjabat mesra dan kaut2 tapak tangan tapi takde duit terselit di tengahnya.kedekot kawan2 aku nie.

sebenarnya banyak aku nak citer pasal aktiviti seni aku di hujung minggu yg lepas.tp apakan daya,tuntutan keje harus dipentingkan dulu walopon mood nak ngulor sentiasa berkobar2.. <--nyanyikan lagu BERKOBAR2 nyanyian Vince AF di sini.

sebelum aku citer,mari berkongsi satu citer sedih tapi tolong sediakan tisu secukupnya utk mengelap airmata dan air idung.

Sabtu lepas, henpon kesayangan aku telah selamat berswimming pool di dalam longkang di belakang kedai D’Carbo..

T_T damn kan.henpon kesayangan memprotes barangkali.
masa terjatuh, aku dah rupa beruk yg panik <--mata terbeliak2, mulut terlopong, tangan menggelupor dan mengibas ke sana sini



rupa henpon yang dah 2 tahun berbakti Nokia N70. ini gambo digoogle,mana mungkin henpon kesayangan amik gambo diri sendiri.




bersyukur sebab sebelum kejadian, aku sempat mengambil gambo dalam cubaan Bergambo Poyo lalu tersnap gambo longkang durjana punca henpon kesayangan bunuh diri.
.
.
aku tak ingat camne aku boleh terlepas henpon kesayangan, tau2 dia sudah terjun tiruk dalam longkang tersebut.mari menangis kesedihan beramai2.
.
sbb aku bermuka kesian, pizi dan Bam memberikan bantuan 911 dengan memasukkan lengan ke dalam lubang longkang dan bermain2 dgn air longkang.
.
eh,betul2 tak kenang jasa ayat ni..silap2.memasukkan lengan dan berjaya mengeluarkan henpon kesayangan.
.
gembira??
.
tak langsung sbb dah bergelumang dgn air longkang.
.
pastu berlari ke sana sini mintak bantuan dan tips kalau ada yg tahu atasi masalah “henpon saya lemas di lautan longkang yg dipenuhi kuah kari dr kedai mamak sebelah”
.
nasib baik abang Lan yg penah mengalami nasib yg sama membagi tips berguna.
“rendam dalam beras kering..”
.
ayat mudah,benamkan henpon tu dalam beras dan bukan nasik supaya dia kering sbb henpon akan putus nyawa kalo ko on time dia basah2.
.
berdesup aku ke kedai runcit membeli beras berberat 1kg dan merendam henpon kesayangan di dalamnya.Rest in peace babeh..
.
dan setelah dua ari menjeruk henpon kesayangan,
tadi aku try on dgn berdebar2 dan penuh panic siap hentak2 kepala di meja seratus kali.
.
dan keputusannya…
henpon ku sihat!!!!!!!
.
wahhh..gembiraaaa!gembiraaaaa!!
so lupekan hasrat nak membeli I-Phone 3G..cewahhhh!!
.
.