Daisypath Anniversary Years Ticker

Friday, July 31, 2009

MaJLis SeLaMat TinGGaL KawAn,WeLcOme LeMaK TePu

wahh..rindunya nak ngapdet oi… <--sambil lempang2 PC dek kerinduan terlampau.

ekceli sebab esok dah bermula weekend dan pengembaraan akan diteruskan *pengembaraan katanya..* maka aku amik keputusan utk skip citer2 minggu lepas.

rasanya dah expired dan tidak bermood utk menceritakannya lagi..
takpe kan?kan?
ok sukatik.aku tuan tanah.. *tetiba berlagak*

ni aku tgh smangat nak citer kejadian tengahari tadi di mana aku mengahadiri parti liar di waktu tengahari time org cantik2 pegi smayang jemaat.

tak baik cakap parti liar kan..
tak tahu pon menatang apa tuh.ceh.

sebenarnya pegi farewell one of my colleague yg dah nak benti..
dia ni based kat singapore office tapi minggu ni dia menghabiskan sisa2 kehidpuan khidmatan di sini sbb nak hand over keje kat replacement dia.

bos aku lak last minute ajak..kol 12 baru dia kepochi2 cakap nak mkn luar. aku baru plan nak makan cereal tengahari nie..diet kunun.



lokasi kejadian adalah di Courtyard Garden yg terletak di building belakang je..so menapak la ke sana.oh gambo senget sbb time aku nk snap bos boleh ada kat blkg jd tanak la tunjuk jakun sgt kan.



ianya dulu adalah sbuah banglo tak silap aku..hurm,suasana sangat cantik dan dah tau makanan sini pasti mahal.so standby carik yg PALING MAHAL.keji.keji.


amboi..over plak bos2 aku bergolek…cozy nak mampos tempat nie..sumpah tak tipu.dahlah tepi tu ada utan2 siap ada monyet. *tak la utan sgt,lebih kpd semak samun sebenarnya*



oh..waiter dia kebanyakkannya foreigner tp ada yg cam industan kacak2 oh..nyum3..tp not sure la bollywood ke banglawood.


ada tempat kat luar dan dalam, kitorg amik yg kat luar tp bahagian tengah..bukan yg kat tepi2 camni..panas gilo situ.


meja mesyuarat kami..mesyuarat makan ye.



mereka2 yg jakun teruja lebih..cey3..buat2 lupe diri sendiri sedang menala camera henpon di sana sini.



yg ujung sana tu la yg nak berhenti.Doreen Lim namanya..lama giler dia keje kat kompeni aku, 9 tahun ok.hebat.hebat.



oh.minah sewel nie baru 4 tahun so belom ada plan nak berhenti lagi kot..kot la..
.
mari melihat makanan..aku tak sanggup tepek semua sbb blog aku ni dah nak reach limit dah..tinggal 7% lagi jer…so jimatkan ruang.


Mine : Jonker Platter
bole tahan la sedap cuma nasik dia umpama mengunyah nasik goreng yg dimasak oleh mak ko pada ari semalam,dan ari ni sila perangat.kering giler,cam nak tercekik aku.tp lauk2 dia mmg sedap la..harga RM25 before tax.



Kak Ruzy : Teriyaki Chicken Chop with Tomago sauce
Dia kata sedap tp aku akan order kalo dia guna blackpepper sauce..sauce lain kurang klimaks.eh-eh.klimaks pejadah.oh,harga yg nie, RM25 oso.


dan dessert adalah Egg tart kegemaranku!sedap.sedap.
.
.
overall ok la makanan dia..sume kata sedap tp yg penting suasana dia mmg hebat dan selesa giler.
.
boleh time ko tgh makan2 tu, diiringi instrumental klasik2 gitu.sorry aku tak reti sgt nak explain pasal jenis2 music ni..so anggap jela ko paham ye.music ala2 ko menari tanggo tu ha..
.
ok lah..tu je.aku dah matik nk pikir ayat penutup.. ^_^
.