Friday, July 31, 2009

MaJLis SeLaMat TinGGaL KawAn,WeLcOme LeMaK TePu

wahh..rindunya nak ngapdet oi… <--sambil lempang2 PC dek kerinduan terlampau.

ekceli sebab esok dah bermula weekend dan pengembaraan akan diteruskan *pengembaraan katanya..* maka aku amik keputusan utk skip citer2 minggu lepas.

rasanya dah expired dan tidak bermood utk menceritakannya lagi..
takpe kan?kan?
ok sukatik.aku tuan tanah.. *tetiba berlagak*

ni aku tgh smangat nak citer kejadian tengahari tadi di mana aku mengahadiri parti liar di waktu tengahari time org cantik2 pegi smayang jemaat.

tak baik cakap parti liar kan..
tak tahu pon menatang apa tuh.ceh.

sebenarnya pegi farewell one of my colleague yg dah nak benti..
dia ni based kat singapore office tapi minggu ni dia menghabiskan sisa2 kehidpuan khidmatan di sini sbb nak hand over keje kat replacement dia.

bos aku lak last minute ajak..kol 12 baru dia kepochi2 cakap nak mkn luar. aku baru plan nak makan cereal tengahari nie..diet kunun.



lokasi kejadian adalah di Courtyard Garden yg terletak di building belakang je..so menapak la ke sana.oh gambo senget sbb time aku nk snap bos boleh ada kat blkg jd tanak la tunjuk jakun sgt kan.



ianya dulu adalah sbuah banglo tak silap aku..hurm,suasana sangat cantik dan dah tau makanan sini pasti mahal.so standby carik yg PALING MAHAL.keji.keji.


amboi..over plak bos2 aku bergolek…cozy nak mampos tempat nie..sumpah tak tipu.dahlah tepi tu ada utan2 siap ada monyet. *tak la utan sgt,lebih kpd semak samun sebenarnya*



oh..waiter dia kebanyakkannya foreigner tp ada yg cam industan kacak2 oh..nyum3..tp not sure la bollywood ke banglawood.


ada tempat kat luar dan dalam, kitorg amik yg kat luar tp bahagian tengah..bukan yg kat tepi2 camni..panas gilo situ.


meja mesyuarat kami..mesyuarat makan ye.



mereka2 yg jakun teruja lebih..cey3..buat2 lupe diri sendiri sedang menala camera henpon di sana sini.



yg ujung sana tu la yg nak berhenti.Doreen Lim namanya..lama giler dia keje kat kompeni aku, 9 tahun ok.hebat.hebat.



oh.minah sewel nie baru 4 tahun so belom ada plan nak berhenti lagi kot..kot la..
.
mari melihat makanan..aku tak sanggup tepek semua sbb blog aku ni dah nak reach limit dah..tinggal 7% lagi jer…so jimatkan ruang.


Mine : Jonker Platter
bole tahan la sedap cuma nasik dia umpama mengunyah nasik goreng yg dimasak oleh mak ko pada ari semalam,dan ari ni sila perangat.kering giler,cam nak tercekik aku.tp lauk2 dia mmg sedap la..harga RM25 before tax.



Kak Ruzy : Teriyaki Chicken Chop with Tomago sauce
Dia kata sedap tp aku akan order kalo dia guna blackpepper sauce..sauce lain kurang klimaks.eh-eh.klimaks pejadah.oh,harga yg nie, RM25 oso.


dan dessert adalah Egg tart kegemaranku!sedap.sedap.
.
.
overall ok la makanan dia..sume kata sedap tp yg penting suasana dia mmg hebat dan selesa giler.
.
boleh time ko tgh makan2 tu, diiringi instrumental klasik2 gitu.sorry aku tak reti sgt nak explain pasal jenis2 music ni..so anggap jela ko paham ye.music ala2 ko menari tanggo tu ha..
.
ok lah..tu je.aku dah matik nk pikir ayat penutup.. ^_^
.

Wednesday, July 29, 2009

AyUH ke STadIuM MELAwaTi: cEh,ayAt ProMosi PeLancOngaN

saya mmg pemalas nak ngapdet sebab busy dan macam tiada idea nak pikir..huhu.tp kugagahi jua menaip tp ayat akan merepek tahap mintak lempang je..

sabtu tu aku dan rakan2 telah pergi ke stadium melawati sbb terpengaruh eklan di radio yg berbunyik lebih kurang gini
.
“datanglah beramai2…bla..bla..jualan gudang..bla bla bla..Jenama POLO HAUS, ADIDAS, HUSH PUPPIES bla bla bla..harga bermula dari RM3!!cepat!!cepat!!!lambat padan muke ko!!”
.
ok.ayat ada tambah2 utk meninggalkan kesan yg lebih dramatik.
.
tapi kalo ko dengar eklan camtu,ko teruja lebey tak???
lebey okkkk…
.
dahla dia sebut brand tak hagak2..so mari lah serbu sbb nakbergayacamorangkayatapitakmampu kan..


semangat kol 12 dah sampai stadium,nak carik parking bole tahan susah la sbb org dah ramai..pelik aku,belom gaji pon leh soping sakan yer.. *ayat dengki harap maklum*


suasana sekitar <-- malas pikir ayat.



suasana sekitarr <-- bubuh dabel R supaya lain skit dr ayat di atas.takla nampak malas sgt kan


lagi2 suasana sekitar




masok2 dalam..humang aihhh..ramai siot orang dan barang kat dalam tu adalah banyak..mata dah beliak2 scan sana sini walopon sedar duit tak berkepuk nak soping sangat.



perfume pon ada jual tapi tak banyak pilihan sangat..


tapiiiiiiiiiii..paling banyak jual sepender lelaki!hohohohoho~!! <-- gelak2 gatal.blushing2 je muke aku lalu situ tau.ayat nak kata aku supan la nie…



see..shidah jua gembira2 malu di sini…
.
sudahnya aku kuar dgn tangan kosong..eh tak.mana bole balik tanpa membeli apa2…so beli la yogurt drink kat luar tu..at least tak la meroyan sangat rasanya.
.
overall, barang2 sangat tak best..sbb sume tu cam stok2 lama dan baju dia pesen2 baju 4-5 tahun sudah.serius tak tipu.
.
tapi biebo beli la T-shirt Levis,stoking dgn apa tah satu lagi barang.lupe sudah.tp bukan sepender seksi..rugi je tak dapat pilihkan.eh-eh.

pastu terus berdesup gi makan kat Mr.Kaya section 7



diakhiri dgn muke aku yg gembira sebelum kejadian henponku berenang di muara.
.
.
ok tamat..asal berupdate sudahhhhh….

EDITED:BeRNaPsU uTK nGapDeT taPi TiBa2....

EDITED
aku mengalami simptom2 dan gejala :
-merasa rimas,berpeluh2 dan serba tak kena
-senang ikot cakap Kapten Setan dgn jd tak penyabar
-badan panas2 luar dan dalam apatah lagi ekon bodoh di sini
-menyampah kepada itu dan ini
-merasa seolah2 rambut melekit sepanjang zaman sedangkan baru syampu malam td.
-mudah menyentap dgn org kesayangan with no reason.
-susah bangun pagi
<--ok.ini biasa.

agak2 kenapa aku mengalami gejala ini??

pikir dan abaikan entry emosi terganggu di bawah ini.
.
so better i switch my silent mode ON
.

Tuesday, July 28, 2009

keHiDupaN KusAm dan BusuK TanPamU

salam semua… <--sambil hulur tangan berjabat mesra dan kaut2 tapak tangan tapi takde duit terselit di tengahnya.kedekot kawan2 aku nie.

sebenarnya banyak aku nak citer pasal aktiviti seni aku di hujung minggu yg lepas.tp apakan daya,tuntutan keje harus dipentingkan dulu walopon mood nak ngulor sentiasa berkobar2.. <--nyanyikan lagu BERKOBAR2 nyanyian Vince AF di sini.

sebelum aku citer,mari berkongsi satu citer sedih tapi tolong sediakan tisu secukupnya utk mengelap airmata dan air idung.

Sabtu lepas, henpon kesayangan aku telah selamat berswimming pool di dalam longkang di belakang kedai D’Carbo..

T_T damn kan.henpon kesayangan memprotes barangkali.
masa terjatuh, aku dah rupa beruk yg panik <--mata terbeliak2, mulut terlopong, tangan menggelupor dan mengibas ke sana sini



rupa henpon yang dah 2 tahun berbakti Nokia N70. ini gambo digoogle,mana mungkin henpon kesayangan amik gambo diri sendiri.




bersyukur sebab sebelum kejadian, aku sempat mengambil gambo dalam cubaan Bergambo Poyo lalu tersnap gambo longkang durjana punca henpon kesayangan bunuh diri.
.
.
aku tak ingat camne aku boleh terlepas henpon kesayangan, tau2 dia sudah terjun tiruk dalam longkang tersebut.mari menangis kesedihan beramai2.
.
sbb aku bermuka kesian, pizi dan Bam memberikan bantuan 911 dengan memasukkan lengan ke dalam lubang longkang dan bermain2 dgn air longkang.
.
eh,betul2 tak kenang jasa ayat ni..silap2.memasukkan lengan dan berjaya mengeluarkan henpon kesayangan.
.
gembira??
.
tak langsung sbb dah bergelumang dgn air longkang.
.
pastu berlari ke sana sini mintak bantuan dan tips kalau ada yg tahu atasi masalah “henpon saya lemas di lautan longkang yg dipenuhi kuah kari dr kedai mamak sebelah”
.
nasib baik abang Lan yg penah mengalami nasib yg sama membagi tips berguna.
“rendam dalam beras kering..”
.
ayat mudah,benamkan henpon tu dalam beras dan bukan nasik supaya dia kering sbb henpon akan putus nyawa kalo ko on time dia basah2.
.
berdesup aku ke kedai runcit membeli beras berberat 1kg dan merendam henpon kesayangan di dalamnya.Rest in peace babeh..
.
dan setelah dua ari menjeruk henpon kesayangan,
tadi aku try on dgn berdebar2 dan penuh panic siap hentak2 kepala di meja seratus kali.
.
dan keputusannya…
henpon ku sihat!!!!!!!
.
wahhh..gembiraaaa!gembiraaaaa!!
so lupekan hasrat nak membeli I-Phone 3G..cewahhhh!!
.
.

Friday, July 24, 2009

RaSa NaK puKOL OrG oiii!

Oh apakah dugaan… T_T
arini bz melampau sampai nak tarik napas pon tak sempat sudahnya 4 kali pengsan-bangun-pengsan-bangun.

mujur jugak aku busy di saat2 tengah takde idea nak ngapdet ni, kalo idea tgh mencurah2 di daun keladi kompem aku tekanan je buat keje sbb kepala focus nak ngapdet cepat2.

kalo bos tau mmg merasa la layangan pelempang padu sekeping dua.

tp ni dah bole tahan free sikittttt la..giler dr td komited buat keje umpama dirasuk roh pekerja cemerlang sepanjang zaman.

but still no idea nak diborakkan di sini..tp kalo ko tak kisah,mari mengumpat nak?rilek laaa..blom bulan poser lagi kot maka mari ngumpat puas2.wahhh..ayat Kapten Setan di situ.

petang semalam dan pagi tadi aku diduga dengan kedatangan Pemandu Bodonakmampospikirjalanrayanibapakdiapunye. geddit??takpe.baca secara perlahan2 berulang kali yer mesti paham pastu.


Gambo Arkib : Keadaan Lobang idong pemandu yg bengang
.
.
Kes 1
Lokasi : Tol depan Philleo Damansara
Mangsa : Aku yg baik ati dan penyabor.
Suspek : Makcik bawak kete besar bernombor plat Johor dan belakang nombor 6 sbyk 4 kali.
.
Laporan kejadian:
Elok2 aku berbaris sambil meraba2 duit nak bayar tol singgit tu, tetiba ada sebuah kete (bukan kete nasional) mencilok depan aku dgn laju dan tanpa apa2 isyarat umpama dia berkata
“ Oh yes!!ada ruang kosong disitu,mari mencilok dgn laju supaya gadis cantik tu tak ke depan!”
.
Zasssss…!!
dia berdesup secara melulu dan aku pon BREKKKKKKKK!!
eceh.bunyi brek adalah BREKK ye.tak kretip langsung.
.
makanya aku sempat brek sblm menciom vontot kete makcik yg bergaya ala2 datin tu.
WTF!!! < -- Maknanya What The Fun .
.
apakah sikap makcik ni sebenarnya kawan2??
Gangsterisme ke hape nie..
.
aku malas la nk keluar kete lalu mencapai penghadang tol dan mengetuk cermin kete dia sampai pecah,tp aku cucuk2 la belakang kete dia sambil buat2 muke ganas macam
“makan budokkkk..makan budokkk!!”
.
menggelupor la makcik tu memecut kete dia sambil muke ketakotan lagaknya seperti Acik Si Perogol Bersiri : Tak Memilih Umor Utk Dirogol.


Kes 2

Adeh!alamak!alamak!dah nak kena sambung keje la…
later aku sambong yerrrrr………………
.
*jujurnya..alasan malas menaip..hahaha!!!*

Thursday, July 23, 2009

KaLO aNDa diBeRi piLiHan-KeTawA ataU BerGanaS?

hello eberibodi..

sbb takde benda sangat nk ngapdet, aku cuba membuat benda menarik di sini yg bertajuk Menghasut Kawan Ke Panggung Wayang.

ada menarik tak bunyik dia?

ok lah kak pida dan emy dan sopi...korang mahu tgk wayang secara berjemaah lagikah ujung minggu ini?kerana ada 2 pilihan citer menarik (Nampak mcm menarik tapi belum pasti lepas tgk akan keluar dgn muke kepuasan sambil meniru aksi2 dalam filem tersebut)
.
plan gan biebo nk tgk kat OU sebab beliau dah mengidam nak makan Crispy Chicken siap kuar ayat " kali ni kita beli seketul sorang eh".
.
Ayat tamak tanpa memikirkan sensitiviti org tgh diet nie.



Pilihan yg ada : Land of the Lost
.
.
citer ni NAMPAK MACAM BEST dan mengkelakarkan.
tp tgk CGI dia cam tak real jek dan dinasor nampak cam kelako.
ok fine.sbb ni citer komedi.
tp aku tak rasa nak tgk cite ni sangat pon.


Pilihan Best :Taking Of The Pelham 123
.
.
oh citer ni sangat2 nampak hebat di dalam eklan!
teruja ok nak tgk sbb citer ni mengisahkan org rampas train dan banyak kete polis berterbangan kena langgar.oh ganas…I like!lagipon pelakon dia adalah John Travolta yg menjadik org jahat curik keretapi org tak berdosa.ewahh..
.
so guys, kalo nak tgk apa pilihan anda??
saya undi Taking Of Pelham 123
.
Kali ini Undi Tidaklah Rahsia =)

Wednesday, July 22, 2009

EnTry TaK BeRiLmiaH-DInasihaTkaN tiDak memBaCa

Haih..

ingatkan tanak ngapdet dah arini..tp apakan daya jari jemari halus mulus dan runcing ni gedik2 gak merangkak ke keyboard.

ekceli aku takdak bahan nk ngapdet disebabkan Sindrom MM (Sindrom Malas Melampau) melanda.nak snap gambo pon rasa cam kemalasan.

mmg suke jadik malas ko ni kan.patut kena attend kursus motivasi ni baru teguh skit jatidiri tu.
ok.again dah mula terpesong dan cakap merapu.


cam biasa, bila dah takde bahan akan menepek gambo2 tiada kaitan terutamanya gambo yg menunjukkan berat badan ideal di zaman dulu kala.spt gambo di atas : was taken 2 yrs back.
.
.
diz month perbelanjaan sudah kembali stabil tidak seperti bulan sebelum ni yang duit abis gara2 membayor insurans kete yg kemahalannya mengalahkan insurans nyawa.tak pepasal terpaksa menutup telinga dan mata bila syaitonirrajim berbisik
"shopping..shopping..sale..sale..~!"
.
Hate you setan!
.
so bulan ni dah boleh berangan2 sambil tulis wishlist nak soping apa.nak tau apa aku nak beli??bukan nak berlagak,tp dah kata WISH kan, belom tentu dapat so jangan dengki sekarang.
.
1) wallet -sbb wallet lama yg dh berbakti bertahun2 tu dah terbarai siap boleh nampak duit ada ke takde.ni teknik suruh kawan2 menderma ye.
.
2) Opis Attire -pasal kemeja sudah mengecil dan tak muat utk badan yg makin membesar ini.biebo tak kasik pakai baju lama sbb takot terbatal poser umat manusia.<--wahh..bajet ko seksi abis??puii.
.
3) Baju Jejalan- ni wajib beli.nyum3
.
4) Sling Bag - harus dibeli baru sbb yg lama tu mcm dah busan dipakai dan busan ditengok org.kan??dah la beli dgn abg remy,bila abg remy tgk..mcm malu.hoho.
.
5) Comforter baru - sbb yg lama dah tak indah sangat tika bergelumang di dalamnya.but still bole tido santak ke petang.cheh
.
6) Barang hiasan rumah - nak beli frame,pasu kecik, pokok hidup..bla..bla..bla
.
7) karpet hall - sbb karpet skang adalah karpet bilik aku yg dihampar di hall.tetiba kaler pink ok situ.sangat x kena konsep.
.
8) re-highlight rambut - sbb rambutku sudah tidak sekata dan dr jauh kelihatan spt gadis berambut penyapu jerami.
.
ok so far tu je yg dipikir...but trust me.selalunya lain yg aku wish,lain yg aku beli.kompemmmmm..!ngeh.
.
wah.siap satu entry!
.

Tuesday, July 21, 2009

SaYa si Ibu BErAnaK TiGa

Ari Ahad

Disebabkan balik lambat gara2 tgk drag malam tu, pagi ahad cam nak menangis bangun tido.siap malam tu buat plan jahat..

aku : rasa cam malas je nak pegi esok…x larat.
him : ishk.kesian bebudak tu nanti tgk org lain shoping.kan duit diorg ada pada awak.

oh pengsan.terlupa plak duit soping dah amik..
so tiada alasan utk tidak datang bersoping2 di sana bersama mereka.

pagi tu gigih aku bangun dan menanti kawan aku amik sebab aku tak reti jalan nak gi JJ Bukit Tinggi ikot celah mana.jasamu ku kenang kerana sudi membawaku ke sana.ceyh.ayat tanak kalah buku sastera.


dalam pukul 11.20 camtu aku sampai la JJ yg besar gedabak tersebut.budak2 team aku dah roger2 sebab diorg sume dah sampai dan anak2 yatim dah standby nak pelok2 aku.eceh.bajet pemes.





Taraaa!ini anak2 angkat aku yg bernama Faira,Nisa dan Shahira.masa memula cam segan2 la diorg ni,tp cam biasa la kan..ayat tackle aku ni TERBAIKKK..sekejapan dah mesra2 main belai rambut aku.tercipta kasih sayang rasanya.


tak salah aku ada la dalam 50 org anak yatim kitorg bawak..penjaga plak ada la 15 org.uhuk3.tp nasib baik memasing ada bawak pembantu,ada bawak isteri..bawak suami,bawak kekasih..bawak anak2..ramai la boleh tolong.



too bad biebo tak berminat kot join benda2 camni.takpe.boleh jaga saham aku.PANG!


me with my babies..oh diorg ni hyper ok.paling hyper si Nisa yg duk belah kiri gambo nie..terkejar2 aku sbb dia ni sekelip mata boleh ilang.nasib baik aku takde asma,kot tak dah pengsan tercungap carik oksigen situ.



pastu sesi bergambo2 dulu..nanti kalo diorg dah send gambo,aku add masok sini ek.



then berarak la masok Jusco menyoping sakan..seronok sangat time nie pasal aku sgt suke melayan budak2..carikkan baju,pegi fitting..sume tu mmg menyeronokkan.ada ciri mak mithali aku ni..anyone nk minang??hahaha.



tp diorg ni bagus tau,sume nak baju kurung padahal dalam kepala aku dah plan nak beli baby T,jeans ke hape..tp diorg tanak,nak baju kurung jugak.insap sekejap. T_T



diorg ni comel2 dan nakal jek..siap ada gaduh2 sampai nangis berebut fitting room,pastu lari2 sana sini..adoii..tp yg touching,bila aku tunjuk baju cantik2 diorg akan tanya
“mahal ke yg ni kak??ada berapa balance?cukup tak duit nak beli pencil box?”
.
mcm sedih kan..diorg tahu menghargai duit.ko tau??aku tak bape tau jugak.uhuk3


L to R: Nisa-Faira-Mak Budak-Shahira
soping cuma dua jam,sempat la belikan baju kurung 2 pasang setiap sorang dan beli set alat tulis dgn buku mewarna.hepi sungguh diorang tau.



sebelum gerak gi mCD kat shah alam,sesi bergambo selepas kopak plak.



photographer team kitorg dan photographer Jusco yg mungkin menurunkan papan iklan berwajah siti nurhaliza dan menaikkan papan iklan berwajah Acik.auww~!



pastu tunggu bas diorg sampai..dalam ketiga2 org anak aku ni,si Nisa palingggg manja..dia akan lari2 dtg kat aku pastu peluk aku kuat2 dan lama2…terharu sangat.sobs.sobs. T_T
.
sbb dah lambat tunggu bas, aku gerak gi MCD dulu dan bebudak lain escort bas ke sana.



sampai MCD rasa gembira sbb ruang atas mmg dah direserved utk kitorg je.so kita akan konker playland.yeayy!tp sebelom diorg sampai,kitorg pulun makan dlu sbb kelaparan melampau.tp sendiri bayar la kan.


makanan yg disediakan utk diorg, ayam goreng+fries+nugget dan coke.ni total up dekat RM800.



bila diorg sampai,semua mcm teruja nak makan dan main2…hepi2 je tgk.



Nisa paling ujung di sana,asik panggil2 aku suruh duduk sebelah dia.hehe.ofkos aku turuti sbb aku suke je.bukan ada niat terselindung nak curik fries dia ok.korg ni bkn bole,suke pikir keji2 pasal aku. :P


Me-Shahira-Faira.kembangnya haku... T_T



makan-makan-makan


dah habis2 makan tu dalam pukul 4 camtu,diorg pon pulang dan aku pon kesunyian.sobs.sobs.tp sempat la aku kasik diorg no fon aku,in case la kan..kot2 diorg rindu kat aku.
.
ok lah..malas nak kenang…tu je citernya.babai!!
*lari2 pegi toilet sambil menangis…haha.giler drama weyh*


Monday, July 20, 2009

taK maiN La LaYaN LumBe HaRam : AyaT beRLagAk

Sabtu Edisi Malam

lepas abis tgk wayang,aku dan biebo pegi lepak kat Restoran ulek Mayang depan kedai D'Carbo dgn Pizi,Bam dan Abg Lan.

Tah camne pung-pang pung-pang bersembang *pung-pang??bahasa alien planet manala diorg ni sembang.* tetiba kuar idea nk polow abg Lan gi Litar Sepang.

pejadah gi sana memalam buta?nak interview jadik gadis litarkah?pandang perot je dah tau kegagalan di depan mata.eceh ayat.

gi sana sebab nak tgk drag..alaa..yg org bawak kete pecut 200meter tu ha.200 meter ke?tak sempat plak saya nak ukur malam tu.

tp ko paham la kan..dia lumba kete pendek2 jaraknya tp kena laju2.

kol 8.00 camtu gerak terus gi sepang naik kete abg Azmi..ada la dalam 45menet perjalanan.

bapak jauh sepang oii..dekat dgn LCCT dan timbul idea macam nak balik shah alam naik Air Asia je.penat dow naik kete sempit2 kat belakang.


ini first time aku sampai litar sepang makanya jakun tu cam luarbiasa la.kena bayar parking RM5 dan tiket berharga RM10 seorg.



dapat gelang cam kat Genting tu haa tp tak relevan pon pakai ni sebab takde makna diorg nak check.aku tgk kitorg je beria pakai,org lain tak pakai pong.maka jelas la siapa jakun di sini.uhuk3.


ada gerai bernama kedai 3 hengget..kenapa??sbb asal tanya..
"kak,kopok lekor ni bape harga??"
"3 hengget..."
.
"cendawan goreng??"
"3 hengget"
.
"burger??"
"3 hengget"
.
mahal melampau.cheh.mcm la Michael Schumacer *ejaan nama malas nk check* ada dtg sini ko nk pow mahal2 pon.yerla,sewa tapak gerai ko 4 ribu satu malam kottttt...



oh terujanya nampak byk kete2 tgh setting dan bunyik mengaum di sana sini.berdecing2 dan seksi.hoho.tetiba seksi plak.



oh,kalo ko nk duduk belah2 sana dekat kereta tu sume kan,tiketnya berharga RM50.takde makna kot aku nak bayar mahal2 camtu di keadaan tgh2 bulan ini.



aku dok belah sini dan sangat best sbb tinggi dan ko boleh nampak trek tu dr ujung sana ke ujung sinun.barula bole nampak jelas kete sape paling laju ye tak.



dua-dua pon jakun campor teruja melampau.



terbanyak plak amik gambo ni.makanya tepek saja la.



time ni org dah ramai sebok2 kat sini..



oh,kat tempat aku pon ramai jejaka kacak dan tak sangka best rupanya ektibiti ni cumaaaaa jauh tak hengat la.tak sanggup oh.



kete dah nak start memecut dgn kelajuan impak maksima.bunyik turbo berdecing2 sangat indah di telinga ku dan bingit di telinga biebo sbb jeles.hehe.
.
.
sudahnya malam tu balik kol 2 pagi sbb byk kete berlumba plus banyak nau masalah teknikal.tp mmg best dan mengujakan..nak pegi lagi!!!
.
tapi..kena pikir nk tumpang kete sape plak. ;)
.
.