Aku sangat gumbira..
Pasal aku nk berangkat pulang ke pangkal jalan malam ni.
Pulang ke kampung halaman yg dh lama ku tinggalkan.
*sila masokkan lagu Balik kampung di sini..time “HO..HOO.. ati giranggg” tu, lompat2 setempat sikit sambil kepak-kepakkan ketiak*
Ptg ni pas balik keje aku berdesup gi shah alam.
Gi umah Shidah mandi manda dan salin baju.
Pasal si Shidah balik gan aku sekali.
Naik satu kete lebih jimat,mudah dan selesa.
Kalo aku penat,dia bole drive plak kan.
Cam dulu,kitorg adalah berlagak.
Balik nk naik kete sorg sebijik.
Sudahnya memasing meroyan dalam kete.
Sumpah aku bosan..sampai mengantok2.
Kata drive time dinihari kan.
Time manusia2 tgh syok berlingkar bawah simut.
So kali ni dh wat pakatan
Balik together2.
Aku akan bercuti until Monday.
So takde la aku nk ngapdet sepanjang cuti tu.
Kat taman umah aku sana,takde free network.
Pasal jejiran terdiri drp pak2 aji dan mak2 hajah.
Mana nk bertenet2 bagai ni kan.
Kecuali la,aku gi Megamall ke..lepak starbucks ke.
Mungkin ada la aku ngapdet.
KALO RAJIN..rasanya MALAS dah tentu kot. :D
Maka arini aku cuba membuat entry bebanyak.
Maybe jugak aku akan wat auto publish.
So walopon aku tak dpt ngapdet recent stories,
Still la ada benda ko nk baca ari2 kan?kan?
Ceyy..macam la ramai sgt peminat nk baca.
Kasik la can aku bajet2 pemes seminit dua.