sila paham kalo ayat2 dan perkataan cam malas taip.
sebabbbb..keje banyak.
dan sebabbbbbb..citer dah basi!hehe.
sungguh tidak pemblogger tegar aku skang.
ceyy..kekunun dulu tegar matik la kan.puii~!
Sabtu
arini aku gi kenduri umah makcik aku kat cheras.
makcik yg tak bape rapat sgt pasal jumpe seabad skali.
btol..tak tipu.
sbb makcik aku ni cam majok2 ati la gan nenek aku.
tidak pulak saya bertanya kenapa dia membawa diri..
takot mak aku cubit peha sbb sebok2 amik tau hal org tua.
almaklumla..aku kan MUDA!
masa anak dia tunang dulu,kitorg dtg gak ler.
walopon org tunang siang,kitorg dtg malam..haha.
biasala,abah aku suke ujung2 majlis datangnya..
sbb dia kata leh kitorg tolong cuci pinggan..
what???!! baikk punyer alasan.hahah.
kekunun konpiden yg co-pilot (yakni aku) bole tunjuk jalan yg betol tanpa sesat,kami gerak kol 12.30 gitu..betol.aku konpiden aku ingat umah dia sbb cam baru pegi je aitu kan.
*oh x paham nape nk amik gambo muncung2 camtu.adakah kerana aku nk masok peraduan bibir menawan yg hadiahnya jadik cover Remaja bersama Lisa Surihani itu.No!sbb aku rasa muke aku kurus wat camtu.haha.gile desperate*
adik aku yg tetiba menyamar jadik ustazah.terkejut2 aku tgk dia berlitup begitu..ni mesti kes pakat nk nampakkan aku paling jahat..cheh!!
.
.
muke gembira2 sblm sesat!!yes peoples..kami sesat!!! *oh,mulut masih memuncung.rasa nk lempang2 mulot sendiri.*
.
.
tak paham aku,gi cheras pon bole sesat.almaklumla,aku pening tgk2 nama taman dia.padahal nk pegi bandar tun razak jek..sesat dkt sejam lebih.roundabout tu la yg bodo.damn u bulatan!ceyy.salahkan benda lain.
.
sudahnya try and error jela masok memana simpang..dan tetiba SUKSES!! *sambil nanges2 penuh kesyukuran..lapa oh.. *
muke gumbira sbb berjaya menamatkan perlumbaan Explorace anjuran diri sendiri.
masa sampai,jam dah dekat kol 2.30 gitu.tp bila kitorg masok bawah khemah,terus sakan diorg berkompang.wahhh..aku sevogue pengantinkah??bluek!
mak aku sampai,teros diorg panggil2 suruh menepung tawar.sehat kan pengantin dia.ops!!pengantin pompuan tu la kazen aku.kecik2 rapat la kot..dah lupe pula zaman kanak2 aku.
pastu patah balik bawah khemah carik nasik.sungguh dah lapo sbb dr umah aku x makan apa..saje nk pulun sini byk2.slamat tinggal perot kempis....!